Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Bagus Tak Anak Kucing MrJocko Mula Makan Wet Food

Anak Kucing MrJocko Mula Makan Wet Food. Masuk hari ke-28 MrJocko lihat si kecil Bulus ni mula nak makan makanan wet food yang MrJocko bagi kat ibunya Si Kitty. Mungkin sebab bau makanan Wet Food ni memang sedap, maka anak kucing nak cuba makan. Nampak bersungguh dia makan sampai comot mulut.

Paling suka makan makanan basah ialah Si Kiki, anak kucing hitam putih. Si Mia pula, nampak mula mencuba ambik bau sahaja. Belum nampak dia nak makan wet food. Setakat ni hanya masih menyusu. Maklum la umur belum sampai sebulan.
 

Baca : Kucing Parsi Yang Comel

 


Anak Kucing MrJocko Mula Makan Wet Food

Anak Kucing Parsi ComelAnak Kucing Parsi Comel
 

Setakat ni MrJocko bagi si kecil Anak Bulus ni makan makanan basah jenama Pro Diet. Senang saja nak beli di kedai runcit atau di supermarket. Ingat nak cuba jenama lain, tapi belum jumpa. Tapi, dengan Pro Diet pun memang buatkan si ibu, Kitty dan anak-anaknya Kiki dan Mia tak sabar nak makan. Selepas seminggu dua lagi, ingat nak cuba bagi makan dry food kibbles jenama Royal Canin pulak.

Ramai peminat kucing peliharaan yang kata jenis Dry Food Kibbles jenama Royal Canin sangat bagus untuk perkembangan kucing. Tapi, kena ingat, makanan kucing jenama ini sangat la mahal.

Apapun, janji sebagai pemilik anak kucing, pastikan anak-anak kucing kita menerima makanan yang sihat dan tiada unsur-unsur makanan yang banyak rasa masin. Ada orang kata, makanan yang terlalu masin boleh membuatkan kucing cepat jatuh sakit.

Harap si Kiki dan Mia boleh membesar dengan cantik dan semakin gebu selepas makan Royal Canin.

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.