Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Gambar Anak Kucing Newborn Umur 7 Hari Yang Comel

Gambar Anak Kucing Newborn Umur 7 Hari Yang Comel. Sedar tak sedar, anak kucing newborn yang dilahirkan oleh Kitty, kucing Parsi MrJocko dah berumur 7 hari atau seminggu. Kata mereka yang expert, umur seminggu anak kucing newborn ini bersamaan umur hampir 3 bulan umur kanak-kanak biasa. Camana mereka kira, boleh Google di internet.

Buat masa ni, Kitten newborn ni masih belum buka mata dan kami belum pasti ia jantan atau betina. Kalau ikut warna bulunya yang mempunyai 3 warna, besar kemungkinan ia betina. Tunggu hujung minggu ni, nak bawa ke Vet dan nak buat medical check up, nanti boleh tahu samada kitten newborn persian ini jantan atau betina.

 

Newborn Persian Kitten

Anak Kucing Parsi Baru Lahir

 

Asal masa beranak ada 2 warna sahaja, hitam putih, sekarang warna belang oren semakin kelihatan dari sehari ke sehari. Nampak gaya bulunya ikut panjang seperti bulu induk ibunya Si Kitty. Harap makin besar makin comel.

Newborn Kitten Persian ni masih menyusu dan selalunya akan terus menyusu sehingga berumur 2 bulan. Sementara itu, kena la pastikan supaya anak kucing ni selalu menyusu. Lepas tu dah boleh ajar makan makanan wet food dan dry food untuk kitten seperti kibbles.

Khalish dan Hasya tak sabar nak tunggu anak kucing ni besar sikit, sebab senang nak bermain. Nanti bleh bawa jalan-jalan ke taman.

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.