Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Oreo Nama Anak Kucing Parsi Putih Baka Long Hair

Oreo Nama Anak Kucing Parsi Putih Baka Long Hair. Entah camana, MrJocko minat pulak dengan kucing putih ni. Pemilik asalnya nak bagi Kucing di diambil sebagai anak angkat kerana owner asal dah ada banyak kucing. So, hari Rabu lepas, MrJocko pergi ambil anak kucing warna putih, baka long hair ini di Manjalara. Alhamdulillah, kucing putih ini selamat dah pindah rumah. 

Oleh kerana ia berwarna putih dan juga jantan, maka kami memilih untuk menamakan nya Oreo. Sebab kerana pemilik asal kata ia dah pandai makan Biskut. MrJocko ingatkan Biskut macam kita selalu makan, rupanya Biskut yang di maksudkan ialah DryFood untuk Kitten.

Oreo Nama Anak Kucing Parsi Putih 

Oreo Nama Anak Kucing Parsi Putih Baka Long Hair

Anak Kucing Parsi Putih Baka Long Hair

Selama 3 hari Oreo kat rumah, dia masih lagi takut-takut. Walaupun sebenarnya frame badan dia agak besar kerana baka kacukan, tetapi dia macam takut dengan Miko, kucing betina kat rumah. Mungkin sebab si Orea baru berumur  2 bulan. Yang unik, tarikh lahir Oreo, sama macam MrJocko iaitu 8 November.

Oreo Nama Anak Kucing Parsi Putih Baka Long Hair

Dari hari pertama, banyak kali Oreo mengiaw dan bunyi macam menangis. Mungkin sebab belum biasa dengan rumah. Lepas tu, kalau lepas kat dalam hall, macam-macam tempat dia nak pergi. Lompat sana sini dan cari lubang sempit nak masuk. Masuk hari kedua baru dia nak main.

Sekarang Oreo dah okay sikit. Itupun pasal pagi tadi bagi makan makanan basah, ketulan ayam. Baru nampak dia makan berselera sekali. Sebelum ni, dia macam tak nak makan. Mungkin sebab lapar dia ‘menangis’ kot.

Semalam kami dah hantar pergi ke Klinik Haiwan untuk Vaksin dan Deworm. Nampaknya ia sihat dan tak demam. Harap-harap esok lusa dia semakin sihat. Pasni nak hantar pegi Grooming pulak, supaya bulu cantik…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.