Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Analisis Perlawanan Champions League Barcelona vs Chelsea

Dari perlawanan suku akhir pertama lagi ramai yang menjangkakan Barcelona akan menang ke atas Chelsea, namun jangkaan meleset. Chelsea menang 1-0 di Stamford Bridge.
Malam ni perlawanan suku akhir kedua di Nou Camp dan aku juga menjangkakan Barca akan kembali menang untuk menempah tiket ke separuh akhir, Liga Juara Juara Eropah. Namun keputusan perlawanan separuh akhir kedua antara Barca vs Chelsea ini amat mengecewakan aku. Keputusan penuh perlawanan Champions League Barcelona 2 – 2 Chelsea. Chelsea menang perlawanan Aggregat 3-2.
Sedikit ulasan dan analisis ringkas pasal perlawanan Barca vs Chelsea 25 April 2012. Pengawalan bola dan keseluruhan adalah milik Barcelona yang mana hebat mengawal 80% permainan bola. Namun Chelsea memang terbaik malam ini. Walaupun Barcelona memulakan perlawanan dengan baik selepas mendahului dengan 2 gol hasil jaringan Busquets minit ke-35 dan Iniesta minit ke-43.
Perlawanan seperti memihak kepada Barca bila minit ke-37 Terry kena Kad Merah. Namun hasil permainan kental, Ramires berjaya merapatkan kedudukan apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke-45, waktu kecederaan separuh masa pertama.
Kedudukan separuh masa pertama Barcelona 2 – 1 Chelsea.
Perlawanan di Nou Camp ini sepatutnya dimenangi oleh Barca, kenapa? Pasal sejak awal permainan Barca mengawal 83% berbanding 17% untuk Chelsea. Kena pulak Chelsea bermain dengan 10 orang dengan ketiadaan Kapten Terry.
Messi pula seakan tenggelam dan hilang bisa bila terlepas 3 peluang terbaik menjaringkan gol termasuk Penalti pada minit ke-49.
Gol Torres minit ke-90, minit minit terakhir perlawanan mengangkat dia sebagai hero perlawanan selepas counter attack selepas di serang bertubi dari pasukan Barcelona. Tahniah Chelsea, aku rasa ini antara perlawanan terbaik korang.
Chelsea akan ke separuh akhir menentang samada Real Madrid atau Bayern Munich. Kalau boleh, aku nak tengok Final Champions League 2012 antara Chelsea vs Real Madrid.
2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.