Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Ancaman IS Di Malaysia Ancam Sektor Pelancongan?

Insiden letupan bom di Istanbul, Turki dan letupan bom di Jakarta, Indonesia secara umum memberi kesan yang berkait rapat dengan sektor pelancongan negara tersebut. Kini persoalan timbul adakah Ancaman IS Di Malaysia Ancam Sektor Pelancongan negara kita?

Selang beberapa hari letupan bom di dua lokasi ini, ramai pelancong yang mungkin akan lebih berhati-hati bila melawat lokasi tumpuan pelancong di mana-mana negara sekitar Asia. Tak ada pelancong yang mahu terlibat dalam insiden seperti di Istanbul atau Jakarta, tetapi melihat kepada trend kejadian pengeboman ini, Malaysia turut terasa kesan bahaya kejadian seperti ini.

Antara yang mungkin menjadi sasaran Pengganas IS di Kuala Lumpur ialah Menara Berkembar KLCC, Pavilion dan juga Bangsar.

Beberapa hari yang lepas, ramai yang berpendapat supaya buat sementara ini jauhkan diri dari lokasi-lokasi tumpuan ramai seperti tumpuan pelancong bagi mengelak daripada terlibat dari sasaran pengganas.

Ancaman IS di Malaysia

image

Betul ke ada ancaman Militan IS di Malaysia?

Beberapa hari ini juga, kelihatan ramai Pihak Beruniform seperti Polis meningkatkan kawalan keselamatan dilokasi tumpuan pelancong sebagai langkah berjaga-jaga Malaysia.

Secara umum, ini antara langkah terbaik pihak berwajib dalam mengawal dan memberikan keyakinan kepada rakyat serta pelancong dalam usaha mereka membanteras ancaman IS di Malaysia.

Untuk mengatakan negara Malaysia bebas 100% dari ancaman IS adalah mustahil, tetapi setakat ini, negara kita masih lagi lebih selamat berbanding lokasi Istanbul dan Jakarta.

Walaupun begitu, dalam melakukan aktiviti seharian, masih perlu berhati-hati. Apa sahaja boleh berlaku dan kita sebagai pelancong, kena lebih berhati-hati. Sebab itu, sebaiknya buat sementara ini jika anda mungkin akan ke negara-negara bergolak atau kawasan yang panas, diharapkan mengambil langkah yang selamat.

Di Malaysia, ancaman IS seperti ini sedikit sebanyak akan menjejaskan sektor pelancongan negara kita. Malaysia menerima ramai pelancong dari Eropah dan ia mungkin akan berkurangan sekiranya ancaman IS ini tidak diuruskan dengan sebaiknya.

Jika betul ada ancaman Militan IS di Malaysia sudah pasti banyak lokasi tumpuan pelancong seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan juga Johor Bahru akan turut terkesan dengan bahaya yang mungkin dibawa oleh Militan IS ini. Harap ia tidak berlaku di Malaysia.

Sama-sama kita berdoa agar Malaysia bebas dari ancaman Militan IS demi kesejahteraan semua tidak kira Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain. Kita di Malaysia punyai banyak tempat menarik untuk tumpuan pelancong dan ia antara tarikan utama pelancong ke Malaysia.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.