Isu Semasa Ancaman Serangan Siber Ransomware WannaCry
|Andai korang aktif dalam social media dan juga aktif dengan jaringan internet, ada amaran dan peringatan terbaru untuk kita semua. Ini ialah Isu Semasa Ancaman Serangan Siber Ransomware WannaCry. Ia adalah serangan siber terbaru dan agak menjadi isu panas juga di Malaysia sejak beberapa hari yang lepas.
Seluruh dunia dikatakan terkesan dengan serangan Siber ini dan sudah pasti di Malaysia tidak terkecuali. Pagi tadi ada la dengar berita tentang isu serangan Siber Ransomware WannaCry. Ada info mengesahkan, ada satu kes telah dilaporkan.
Ancaman Serangan Siber Ransomware WannaCry
Apakah dia Serangan Siber Ransomware WannaCry?
Ransomware WannaCry ini ialah satu jenis perisian merbahaya yang akan menyekat akses kepada data di dalam komputer anda (yang dijangkiti) menggunakan kaedah encryption. Ia akan menuntut sejumlah wang tebusan sebagai syarat untuk memberikan kembali akses kepada data anda tersebut.
Mengikut fakta kes, jumlah tebusan untuk mendapatkan kembali data yan telah ‘diculik’ ini ialah dengan membayar nilai USD300 – USD600 dengan menggunakan wang maya Bitcoin.
Info tambahan memberitahu bahawa lebih 100 buah negara telah dijangkiti perisian Ransomware WannaCry ini termasuk Interior Ministry Rusia, FedEx Courier United Kingdom, syarikat Renault, Telefonica di Sepanyol dan banyak lagi.
Oleh itu, sebagai pengguna ada banyak cara untuk mengelakkan dari dijangkiti malware seperti Ransomware WannaCry ini. Antara tips yang MrJocko selalu buat :
1. Kalau akses ke internet ialah JANGAN SESEKALI ke laman web yang suspicious.
2. JANGAN SESEALI klik link dari email yang kita tidak kenal.
3. ELAKKAN Download data dari internet yang tidak perlu dan ‘UnTrusted’
4. SECURE Your Network
5. Back Up Data dengan kerap
6. ELAKKAN guna OPEN WiFi
7. Gunakan Perisian Anti-Virus Yang SAH
8. Pastikan Anti-Virus UP TO DATE
9. Lakukan SCHEDULED SCAN dengan kerap
10. Gunakan MULTIPLE Password Yang Kuat
Atau baca sini – https://redshift.autodesk.com/10-tips-on-how-to-prevent-malware-from-infecting-your-computer/
Untuk info, katanya malware Ransonware WannaCry ini pernah menyerang dunia, tetapi dapat dihentikan seketika. Sekarang, ia kembali dengan WannaCry 2.0. Setakat hari ini, katanya belum ada Anti-Virus yang boleh menyekatnya.
Oleh itu, ‘berhati-hati adalah langkah yang paling utama buat masa ini bagi mengelakkan dari anda dijangkiti ancaman serangan Siber Ransonware WannaCry 2.0 ini.
Dulu MrJocko guna Anti Virus Trend Micro – http://www.mrjocko.com/2014/08/trend-micro-smart-protection-suite.html
p/s : Katanya Jabatan Keselamatan Negara telah mengeluarkan amaran dan nasihat tentan isu ancaman serangan siber Ransonware WannaCry ini.