Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Anda Patut Cuba Makan Ini Jika Melancong Ke Tokyo Jepun

Nak kongsi beberapa menu makanan yang Anda Patut Cuba Makan Ini Jika Melancong Ke Tokyo Jepun. Kali ketiga MrJocko ke Jepun, masih lagi mencari menu makanan yang boleh di cuba ketika berada di Jepun. Pertama kali sampai di Tokyo, Jepun, MrJocko bersama rakan sekerja. Kali kedua ke Fukuoka, MrJocko sertai Media Trip anjuran Tourism Malaysia di sana dan kali ketiga ke Tokyo, bersama geng Travel Lawak, trip murah dan santai ke Jepun.

Dalam beberapa trip ke Jepun kali ini, MrJocko dapat cuba beberapa menu makanan yang memang patut anda cuba kalau anda ke Jepun.

 

 


Anda Patut Cuba Makan Ini Jika Melancong Ke Tokyo

makanan-di-Jepun-yang-anda-patut-cuba
Anda Patut Cuba Makan Ini Di Tokyo

1. Sushi

Selalunya kalau ke Jepun, ramai akan cuba makan Sushi kerana ramai ketahui bahawa Sushi adalah satu menu makanan yang terkenal dan berasal dari Jepun. Yes, sudah pasti anda mesti cuba makan Sushi kalau berada di Jepun. Tetapi, percaya atau tidak, selama ke Jepun, MrJocko hanya sekali sahaja mencuba menu makanan Sushi original dari Jepun. Itupun ketika trip MrJocko ke Fukuoka bersama Media pada tahun lepas. Ketika di Tokyo, MrJocko tidak berkesempatan untuk mencuba Sushi.

2. Sashimi Jepun

Satu lagi yang di cari pelancong Malaysia kalau ke Jepun ialah menu Sashimi. Untuk menu sashimi Jepun ini, ramai yang ingin mencubanya di Jepun kerana bahan-bahan seperti ikan yang digunakan disini lebih segar, lebih asli dan lebih tradisional berbanding yang ada di Malaysia. MrJocko cuma sekali cuba Sashimi Jepun ketika perjalanan pulan g dari Owakudani menuju ke Tokyo ketika company trip pada tahun 2012.

Semasa di Tokyo beberapa bulan lepas, kami nak cuba, tetapi tidak berjaya untuk mencari kedai Sashimi yang boleh dipercayai 🙂

 

 

Tempura-Udang-Jepun-Sedap
Tempura Udang di Jepun

3. Tempura

Satu lagi menu wajib cuba ialah Tempura kalau melancong ke Jepun. Di Tokyo, ada banyak kedai dan restoran yang menjual menu Tempura, lebih-lebih lagi Tempura Udang di Goreng Tepung ini. Yang MrJocko tahu, ada beberapa kedai yang boleh anda cuba di Asakusa Street. 

 

Nasi Kepal Onigiri Jepun
Nasi Kepal Onigiri Jepun

4. Onigiri, Nasi Kepal

Onigiri ini sebenarnya adalah penyelamat kepada MrJocko sewaktu di Jepun. Nasi Kepal Onigiri ini memang mudah didapati di Jepun, cari sahaja kiosk kedai serbaguna seperti 7-Eleven dan anda boleh jumpa Onigiri. Pastikan anda mengambil Onigiri Salmon atau Tuna. Satu Onigiri boleh alas perut anda selama beberapa jam 🙂

 

Roti Kebab Turki Halal

5. Roti Kebab

Menu Kebab memang bukan berasal dari Jepun, tetapi anda boleh jumpa banyak di jual di sana. Di Tokyo, ada banyak menu Kebab, dan ia diusahakan oleh peniaga dari Turki. Roti Kebab ini boleh la untuk anda cuba dan ia mengenyangkan.

 

 

Daging Salai di Jepun foods-in-japan-01-veggie

6. Daging Salai

Yang ni pelik sikit. MrJocko jumpa makanan ini di Restoran Muslim Tokyo. Dalam menu tertulis Daging Salai yang di masak dengan cara Chinese Muslim. Rasa memang sedap sebab berbeza dengan menu biasa kami makan. 

Menu Nasi Arab Turki di Jepun
Menu Nasi Arab Turki di Jepun

7. Roti Arab dan Daging Bakar

Yang ini kami cuba di Restoran Turki di bandar lama Tokyo berdekatan dengan Nippori Station. Menu ini memang menu biasa orang Turki dan memang hidangan yang biasa anda akan jumpa kalau makan masakan dari negara Timur Tengah.

 

foods-in-japan-01-seafood-grill

8. Udang Bakar dan Ketam Bakar 

Ini satu-satunya street foods yang MrJocko cuba ketika berada di Ameyayokocho Street di Ueno, Jepun. Di sini ada banyak di jual makanan laut yang murah, dan ini adalah antara gerai yang menjual menu makanan laut seperti Udang, Scallops, Ketam, Sotong, Ikan dan juga Mussels. Kami sempat cuba Udang Bakar dan Ketam Bakar di sini dengan di tambah Soya Source. Sedap!!!

Jadi untuk anda yang ingin ke Tokyo, Osaka, Fukuoka, Hokkaido dan lokasi lain di Jepun, mungkin anda patut cuba kalau melancong ke Jepun. Lebih mudah kalau anda ke sana bersama rakan yang sudah biasa supaya anda lebih senang mencari lokasi restoran atau gerai yang menyediakan menu masakan Jepun yang Halal atau pun Muslim Friendly.

Menu-menu ini saya pernah cuba dan ia memang berbaloi untuk rasa anda ketika di Jepun. Sedap. Sebab itu, anda patut Cuba Makan Ini Di Tokyo jika ada berkesempatan.

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.