Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Anda Seorang Blogger Atau Reporter

Sejak melepasi tahun 2006, ramai yang mula beralih arah dari zaman penulisan Dairi yang lebih bersifat ‘rahsia’ kepada penulisan Blog yang lebih mirip kepada penulisan peribadi tetapi ia lebih terbuka dan umum kepada pembaca lain.

Revolusi penulisan blog mengikut pengalaman MrJocko, bermula dengan Yahoo Geocities. Masa tu konsep dia seperti sub domain Geocities dan tak banyak layout, widget atau plugin seperti Blogger dan WordPress.

Selepas kemunculan cerita-cerita hebat kisah benar blogger yang berjaya seperti Redmummy, Beautifulnara, Budiey, Paul Tan, Soya Cincau dan banyak lagi selebriti blogger lain, saban hari katanya lebih 100,000 blog baru di daftarkan samada dengan menggunakan Blogger atau WordPress.

 

 

 

Namun, oleh kerana ramai sangat nak jadi cepat famous, identiti sebagai Blogger dan semakin pudar. Ramai yang mungkin bermula dengan blog, tetapi berubah menjadi Wartawan. Dalam ‘blog’ mereka semakin lama semakin banyak ‘berita‘ berbanding ‘cerita‘.

Biasanya pada kefahaman MrJocko, blogger ialah seorang yang bercerita dan wartawan pula menyampaikan berita. Jadi, fikir sendiri, anda nak jadi Blogger yang bercerita atau Wartawan yang menulis berita???

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.