Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Anda Support Nuffnang, Nuffnang Support Anda

Pernah juga beberapa kali MrJocko dengar keluhan beberapa orang blogger, katanya, dah lama mereka join Nuffnang, satu komuniti blogger yang memberi peluang kepada blogger untuk menjana pendapatan melalui blog, tetapi sehingga kini mereka tidak pernah diberi peluang untuk sertai event atau jemputan dari Nuffnang. Akhirnya mereka frust dan beralih ke komuniti blogger yang lain.
Mungkin ramai juga blogger tak faham tentang cara dan bagaimana Nuffnang beroperasi. Mari MrJocko kongsi info secara mudah dan ringkas apa yang MrJocko faham tentang Nuffnang (Nuffies) dan Blogger Nuffnang (Nuffnanger).
Cost Per Click – CPC
Yang biasa semua blogger akan dapat ialan banner Iklan dari Nuffnang yang dikenali sebagai CPC – Cost Per Click. Setiap banner ini mempunyai nilai yang tersendiri. Sekiranya ada pembaca klik banner iklan tersebut, sejumlah nilai wang akan Tuan Blog akan terima. Ia mungkin sedikit tetapi ia akan meningkat dengan nilai yang lebih besar sekiranya blog anda menerima banyak klik pada banner tersebut.
Cost Per Unique Visitor – CPUV
Yang ni beza sikit sahaja dari banner iklan yang CPC. Biasanya Advertiser akan pilih blog mana yang mereka mahu letakkan kempen mereka dan melalui klik tersebut, tuan blog akan menerima lebih sikit income dari banner CPC. Tak semua orang akan menerima CPUV tetapi tak semestinya blog anda famous baru anda boleh dapat CPUV. Biasanya Advertiser akan memilih blog berdasarkan produk dan NICHE blog pilihan mereka.
Nuffnang Premiere Screening
Sekiranya anda mendaftar dengan Nuffnang, anda akan lihat di dalam Website Nuffnang dan Blog Nuffnang banyak info, aktiviti dan peraduan yang pihak Nuffnang anjurkan. Antaranya ialah Nuffnang Premiere Screening yang mana hampir setiap minggu ada sahaja tawaran contest untuk blogger sertai Nuffnanf Premiere Screening. Mudah jer, komen dan follow step yang diarahkan di dalam contest tersebut, jika anda terpilih, anda mungkin memenangi 2 Pass Percuma menonton Tayangan Perdana. Kalau anda sangat bernasib baik, akan menerima hadiah-hadiah tambahan seperti yang MrJocko menang Perfume Ferrari seperti ENTRY INI.
Advertorial Post – Proposed Sponsored Posts
Untuk Advertorial, ia merupakan tahap tertinggi dalam komuniti blogger Nuffnang. Pihak advertiser akan meminta Nuffnang cadangkan beberapa nama Blogger untuk sertai kempen mereka. Blogger tersebut akan dijemput hadiri kempen tersebut, samada product launch, press conference, lunch, party dan banyak aktiviti lain mengikut apa yang advertiser cadangkan. Imbuhan untuk setiap blogger yang sertai Sponsored Post ini jauh lebih tinggi berbanding CPC, CPUV dan Premiere Screening. Untuk sampai tahap ini, anda perlu menjadi seorang blogger yang memenuhi kriteria pihak Nuffnang dan Advertiser.

Jadi, bagaimana untuk dapat peluang TERPILIH menjadi Blogger yang terlibat dalam SPONSORED POST? Anda kena la selalu dan rajin participate dalam event, kontest, survey atau apa-apa aktiviti yang pihak Nuffnang anjurkan. Anda kena ingat di Malaysia sahaja, kini mempunya lebih 300,000 blog yang aktif. Sekiranya anda tidak menonjolkan diri, bagaimana pihak Nuffnang nak kenal dengan anda dan blog anda??? Anda tidak perlu BODEK Nuffnang, cukup sekadar anda rajin sertai aktiviti Nuffnang. Anda support Nuffnang, InsyaAllah Nuffnang akan support anda balik.
Kesimpulannya, sekiranya anda berusaha dengan cara yang betul anda mungkin akan tahu betapa mudahnya menjemput rezeki. Biar lah buat permulaan sikit demi sedikit kerana lama-kelamaan, InsyaAllah dengan komitment dan konsistansi yang anda tunjuk, anda mungkin akan dapat tawaran yang lebih besar, Amin.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.