Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Antara Menu Popular Friendly Muslim Di Korea Selatan

Sejak bertahun-tahun pelancong yang datang melancong ke Korea Selatan semakin lama semakin mudah mendapatkan menu makanan Halal Muslim di hotel ataupun restoran di kawasan bandaraya Seoul atau Busan. Pengalaman saya sendiri, ini Antara Menu Popular Friendly Muslim Di Korea Selatan yang akan anda jumpa.

Ini adalah menu yang biasa dihidangkan bagi pelancong Muslim dan pelancong Vegetarian yang datang melawat negara Korea. Ada sesetengah menu Vegetarian, dihidangkan halal juga untuk rakan Muslim.

Baca : Restoran Halal di Usmania Itaewon Korea Selatan

 


Antara Menu Popular Friendly Muslim Di Korea Selatan

Antara Menu Popular Friendly Muslim Di Korea 01 copy

Antara Menu Popular Friendly Muslim Di Korea
Menu Sarapan Pagi

 

Seawal pagi, kalau anda menginap di hotel, akan ada menu breakfast Asia. Lebih bagus di sesetengah hotel menyediakan ruang makanan halal dengan dapur dan peralatan halal yang berasingan. Biasanya ia akan diletakkan tanda berwarna Hijau dan Cop Halal untuk kemudahan tetamu hotel.

Biasanya roti dan omelette akan dihidangkan dengan cara Friendly Muslim. Menu lain pun ada termasuk buahan dan juga kuih tradisi Korea yang tidak mengandungi bahan tidak halal.

Antara Menu Popular Friendly Muslim Di Korea 02

Antara Menu Popular Friendly Muslim Di Korea 04
Makan Tengahari

 

Waktu tengahari kalau anda melancong ke Korea dengan kumpulan yang ramai, pastinya akan ada menu halal yang banyak. Jadi tidak perlu risau akan menu ayam halal dan juga daging halal kerana ia juga boleh didapati di Seoul. Pasti makan tengahari di Korea akan jadi pengalaman terbaik anda sepanjang percutian ini.

Antara Menu Popular Friendly Muslim Di Korea 05
Minum Petang

Waktu malam pun biasanya tidak jadi masalah. Kebiasaannya, akan ada Sup Korea dengan Kimchi serta bubur nasi. Yang lain akan dihidangkan menu ayam atau seafood untuk pilihan makanan bagi pelancong Muslim. Tak risau lagi perut lapar, ada banyak menu halal di sini.

Antara Menu Popular Friendly Muslim Di Korea 06
Makan Malam

Antara Menu Popular Friendly Muslim Di Korea 07
 

Kini, memasuki tahun 2020 pastinya lebih banyak kedai dan restoran halal ada di bandaraya Seoul dan Busan. Kalau bukan restoran Halal, ia dikategori sebagai Friendly Muslim, di mana Chef dan pekerjanya bukan Muslim, tetapi menyediakan menu masakan Halal mengikut syarat ketat Halal dari pihak berwajib.

InsyaAllah, jika tidak ada aral, mungkin tahun 2022 kita mungkin akan kembali kepada keadaan asal dan boleh kembali melancong selepas sempadan dibuka. Boleh la plan awal-awal trip anda ke destinasi Visit Korea. – Imagine Korea

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.