Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Antara Punca Kapal Terbang Boleh Terhempas

Malaysia dan umumnya satu dunia masih mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 Boeing 777 yang masih hilang dan belum di ketahui status terkini tentang kehilangannya. Pelbagai andaian dan teori sudah kita dengar, namun pihak bertanggungjawab samada Malaysia Airlines, DCA, Tentera dan pihak Kerajaan memohon agar kita cuma menunggu pengesahan daripada pihak yang bertanggungjawab sahaja.

Antara Punca Kapal Terbang Boleh Terhempas? Ada banyak sebab. Kapal terbang pun kenderaan biasa buatan manusia yang ada kemungkinan boleh rosak.

Gambar Hiasan

Punca Kapal Terbang Boleh Terhempas

Antara kemungkinan yang paling kuat dikatakan pada saat ini, dikatakan kapal terbang MH370 dari KL ke Beijing ini dikhuatiri terhempas di Laut China Selatan. Kebenarannya belum dapat dipastikan. 
Apakah punca-punca atau sebab yang mungkin boleh menyebabkan sesebuah kapal terbang itu terhempas:
1. Hujan Lebat
Hujan yang terlalu lebat boleh mengakibatkan gangguan pada pesawat. Ia antara punca utama yang boleh mengakibatkan kapal terbang terhempas.
2. Awan Tebal
Awan Tebal juga boleh mengganggu isyarat pesawat. Kemungkinan berlaku gangguan dan Pilot akan menghadapi masalah. 
3. Kerosakan Enjin
Kalau dah rosak bahagian enjin, jangan kata kapal terbang, kenderaan darat pun boleh membahayakan penumpang. Sebab itu, seperti MH370, ia menjalani servis yang teratur dan memang mengikut jadual.
4. Kebakaran
Jika berlaku kebakaran, potensi untuk kapal terbang terhempas juga akan tinggi. Ini kerana sistem pesawat akan terganggu.
Ini sahaja antara info yang MrJocko tahu. Mungkin pakar atau yang mempunyai pengetahuan yang lebih pasal aircraft ini boleh kongsi info lain, antara punca-punca dan sebab yang boleh membuatkan sesebuah pesawat itu punyai risiko terhempas.
Apapun sehingga belum ada berita yang sahih, kita masih lagi mengharap semoga MH370 akan selamat. Harapan rakyat Malaysia dan seluruh dunia memang mahukan keselamatan semua yang berada di dalam penerbangan MH370 itu. Jom, doakan semoga MH370 akan selamat dan pihak berwajib dapat selesaikan misteri kehilangan ini secepat mungkin, Ameennn.

Setakat hari ini, kalau mengikut statistik, berdasarpak peratusan, menaiki kapal terbang antara pengangkutan paling selamat di dunia. Berlaku kemalangan, kerosakan dan beberapa kejadian tidak diingini adalah salah satu faktor kecil sahaja.

Apapun, jika anda seorang yan gselalu travel menggunakan kapal terbang, jangan risau jangan takut, InsyaAllah ia adalah pengangkutan yang selamat.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.