Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Anti Gravity Phone Case Cover iPhone Melekat di Dinding

Pernah cari cover phone yang boleh melekat di dinding? Boleh melekat di mana-mana permukaan supaya senang nak selfie atau merakam gambar. Inilah dia Anti Gravity Phone Case Cover iPhone Bebas Tangan yang MrJocko dapat dari salah seorang pembekal online di Bangi. Terima kasih kepada Bro DBoy Ahmad yang rekemen MrJocko untuk guna benda ni.

Ini antara aksesori smartphone yang masih lagi baru di Malaysia dan jarang boleh dijumpai dikedai-kedai aksesori handphone biasa.

Anti Gravity Phone Case iPhone

Anti Gravity Phone Case Cover iPhone Bebas Tangan

 

 

Untuk info, ada beberapa model smartphone case jenama lain yang boleh beli. Kata supplier, ada anti gravity phone case model Samsung Galaxy 7, Galaxy 7 edge, Galaxy Note 5, iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 6, iPhone 6 Plus dan beberapa model smartphone lain yang terkenal.

Harga yang dijual untuk anti gravity case phone ini sekitar RM20 hingga RM30 mengikut model yang anda guna. 

Setakat ini, anda boleh beli anti gravity case phone ini dengan belian online atau ke laman Facebook https://www.facebook.com/GadgetInc/. Nak tengok gambar boleh ke laman Instagram @Gadget.Inc 

Ada banyak lagi aksesori smartphone dan gadget yang menarik di Gadget Inc. Pilih mana satu yang mungkin menarik perhatian anda dan boleh bergaya dengan rekaan terbaru dan terkini untuk smartphone anda.

Anti Gravity Phone Case Review

 

 

MrJocko dah cuba anti gravity case untuk iPhone 6. Ya, ia memang melekat dipermukaan yang rata. Senang sahaja guna benda ni. Hanya lekatkan smartphone anda di dinding dan anda boleh terus selfie atau rakam gambar serta video mengikut kemahuan anda tanpa ada selfie stick.

Ini sesuai untuk kegunaan merakam gambar atau video di dalam kereta, bas atau naik flight. Sesuai sangat sebab kualiti gambar akan jelas dan tidak gegar.

 

anti gravity phone case Anti Gravity Phone Case Cover iPhone Bebas Tangan

 

Ini antara aksecori cover phone terbaik untuk anda yang aktif dalam berselfie atau merakam video. Ia akan menjadikan hasil kualiti gambar dan video dari rakaman smartphone ini lebih kemas.

Cuma, bila dah guna cover anti gravity phone case ini, jangan sampai ia terkena air atau benda yang basah kerana ia akan mengurangkan ‘kuasa’ gam yang melekat. Kalau dah hilang gam, ia tidak akan melekat.

Overall, dengan harga bawah RM30, ia memang berbaloi. Sebaiknya, kalau dapat lagi murah, lebih bagus 🙂

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.