Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Apa Beza Guna Tayar Tube Dan Tubeless Motorsikal

Setahun guna motorsikal Modenas Kriss MR1, motor kapcai dengan kuasa 4-stroke single cylinder SOHC dan kekuatan 100cc (97.2cc). Satu jentera yang murah dan jimat, sesuai untuk kegunaan harian. Memandangkan ia datang dengan tayar standard menggunakan Tiub, saya nak kongsi Beza Guna Tayar Tube Dan Tubeless Motorsikal selepas setahun menunggangnya.

Asal motorsikal Modenas Kriss MR1 ini, tayar yang digunakan adalah jenis Tiub dengan saiz 70/90 untuk depan dan 80/90 untuk tayar belakang. Untuk kegunaan biasa memang tak ada masalah, cuma bila untuk kelajuan dan ‘cornering’ tayar jenis tiub memang tidak begitu sesuai.

Baca : MrJocko dan Cerita Tentang Motorsikal Ducati Monster 795

beza tayar tubeless motosikal

Beza Guna Tayar Tube Dan Tubeless Motorsikal

beza tayar tubeless
 

Selama dalam tempoh setahun, hanya sekali tayar belakang motorsikal Modenas Kriss MR1 saya pancit. Oleh kerana ini menggunakan tiub, terpaksa tukar tiub dengan kos RM15, berbanding kalau tubeless, hanya tampal sekitar RM5.

Pengunaan minyak petrol juga agak jimat, sekitar RM5 sahaja seminggu jika hanya berada dalam lingkungan 10km radius dalam Kuala Lumpur.
 

Baca : Tukar Tayar Tubeless Motosikal Ducati Monster 795

Minggu lepas, sekali lagi tayar hadapan pancit. Plan asal nak tukar tiub sahaja. Namun, lepas lihat keadaan tayar yang sudah agak ‘haus’ lebih baik rasanya untuk terus tukar semua tayar kepada jenis Tubeless.

Harga tayar yang saya beli, Kenda saiz 80/90, untuk depan dan belakang adalah RM65 bagi satu tayar dan kos keseluruhan termasuk kepala tiub dan upah pasang hanya RM145 sahaja.
 

beza tayar tubeless

beza tayar tubeless
Tayar Motorsikal Jenama Kenda 80/90

beza tayar tubeless
 

Beza, memang berbeza bila guna tayar motorsikal jenis tubeless. Paling ketara, ketika ‘cornering’ ia memang beri kesan yang terbaik. Sebelum ini, rasa untuk cornering agak lemah dan tidak meyakinkan. Kini, terasa kesan grip tayar pada jalan dan beri lebih keyakinan untuk corner kiri atau ke kanan.

Baca : MrJocko dan Cerita Tukar Tayar Motorsikal Ducati

beza tayar tubeless
 

Namun disebabkan sudah upgrade tayar hadapan dari saiz 70/90 kepada 80/90, terasa sedikit berat. Tetapi bila berada atas jalan, rasa lebih yakin dengan tayar. Mungkin, kalau nak lebih stabil, terpaksa upgrade fork depan dan jugak absorber.

Bagi yang belum kenal dengan Motorsikal Modenas Kriss MR1, boleh lihat details MR1 di sini.

beza tayar tubeless

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.