Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Apa Beza Telefon Handphone Dulu Dan Sekarang

Ada yang mungkin nak tahu apa beza telefon handphone dulu dan sekarang? Of course ada banyak beza. Bukan sahaja dari segi rekaan, fungsi, warna, malah kegunaan telefon dulu dan sekarang jauh berbeza. Paling ketara, saiz dan juga fungsi data call, sms, whatsapp, kamera dan juga pemain muzik dan video.

Mungkin ramai tak sempat guna handphone model zaman 80-an seperti Nokia 3310, Alcatel, NEC Primero, Philip Twist dan banyak lagi. Banyak beza handphone dulu berbanding handphone sekarang. Tak dinafikan, telefon bimbit dulu memang legend, penggerak kepada teknologi smartphone yang ada masa kini.

Baca : Pertama Kali Pegang Dan Rasa Samsung Galaxy Note9

 



 

Apa Beza Telefon Handphone Dulu Dan Sekarang

Apa Beza Telefon Handphone Dulu Dan Sekarang
 

Antara perbezaan yang amat ketara ialah telefon atau handphone lama hanya mempunyai fungsi untuk panggilan masuk dan panggilan keluar sahaja. Selepas itu, kemudian dalam beberapa tahun, telefon bimbit datang dengan fungsi call dan mesej SMS (Short Message Service) sahaja. Dan masa itu, diperkenalkan fungsi MMS (Multimedia Messaging Service). Dengan MMS, kita boleh menghantar gambar dan video (dalam saiz yang kecil) kepada rakan kita yang turut mempunyai fungsi MMS.

Pada awal kemunculan telefon bimbit, warna skrin hanya putih, hijau dan biru. Kini, bukan sahaja skrin, tetapi tulisan dan icon pada Smartphone pelbagai bentuk dan warna.

Baca : Evolusi Sejarah Telefon Lama Sehingga Telefon Baru

Handphone kini punyai fungsi pelbagai. Sebab itu ia dikenali sebagai Smartphone. Smartphone kini boleh membuat panggilan, menerima panggilan, akses kepada aplikasi media sosial seperti facebook, instagram, menonton YouTube, jam loceng, organizer, merakam gambar, calculator, melayari internet dan banyak lagi.

Namun, yang terbaik tentang Handphone lama, ia boleh tahan bateri sehingga 3 hari, tetapi handphone kini boleh tahan sekitar 5 – 6 jam sahaja.

Banyak lagi perbezaan antara handphone dulu berbanding handphone sekarang. Yang sempat guna handphone dulu-dulu mesti boleh ingat betapa basicnya kegunaan handphone ketika itu.

Dari segi kebaikan telefon dulu, yang paling ketara, bateri handphone dulu tahan lebih lama. Kalau jenis Nokia Butterfly atau Nokia 3310 boleh tahan bateri untuk standby sehingga tempoh 2 – 3 hari. Kalau jenis telefon yang biasa, boleh tahan sampai seminggu. Tak risau pasal low battery, tak payah nak charge telefon kerap sangat

Bersyukurlah dengan teknologi yang anda ada sekarang. Call, SMS, FB, Twitter, Instagram, Whatsapp macam-macam lagi. Kalau zaman dulu hanya boleh call sahaja. Lepas tu baru ada SMS, kemudian MMS gambar sehingga la teknologi sekarang. 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.