• Fri. Sep 22nd, 2023

Apa Dah Jadi Dengan NUFFNANG???

CPUV-Nuffnang
Memasuki bulan ketiga, rasanya selepas November 2013, blog MrJocko sudah kurang dapat jemputan dari pihak Nuffnang. Samada advertorial atau CPUV Nuffnang, dua-dua lubuk income utama dari Nuffnang  ni semakin sedikit, Kenapa agaknya??? Apa dah jadi dengan Nuffnang?
Kalau ikutkan dari segi UV dan performance blog MrJocko, rasanya agak stabil dan naik sedikit dari tahun lepas. Namun amat menyedihkan bila jarang dan mendapat peluang untuk kerjasama dengan Nuffnang. Apa salah blog MrJocko ni??? Adakah pasal dah ramai blog lain yang dah semakin hebat, maka blog MrJocko dah diketepikan???
Lihat saja rekod ini sejak awal Januari, ades,,, amat menyedihkan. Kalau la macam ni, agak-agak tahun depan nak kena balik kampung tanam kacang la gamaknya. Kalau dulu ia dikenali sebagai Buffered Earning yang selalu menari-nari di dalam Blog, tetapi kini, ia hanya mengesut merangkak-rangkak,,, why,,, why,,, why,,,
Harap untuk Februari 2014 ke atas Nuffnang akan lebih baik kepada MrJocko.com. Share la job dengan kitaorang yang dah lama setia dengan Nuffnang ni. Dah lama tak dapat hadiah menarik, offer menarik dan advertorial yang best-best dari Nuffnang…
Soalan sebenarnya patut ditanya, Apa dah jadi dengan Blog MrJocko? Lama tak dapat Job dari Nuffnang :)So,,, Nuffnang oh Nuffnang,,, Ada job baik jangan lupa MrJocko yer…

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.