Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Apa Itu Rule 72 Dalam Perancangan Kewangan

Jika anda biasa dalam terma Perancangan Kewangan, semestinya anda akan dengar dengan Terma Rule of 72. Soalan sekarang, Apa Itu Rule 72 Dalam Perancangan Kewangan? Adakah anda tahu? Mungkin belum tahu? Meh saya kongsi sikit tentang apa itu Rule of 72.

Apa itu Rule 72 dalam Pelaburan

 

Baca : MrJocko dan Informasi Tentang Perancangan Kewangan

Apa itu Rule 72 dan apa kaitannya dengan bidang kewangan atau pelaburan?

Rule of 72 ialah formula pengiraan bagi mengetahui berapa tahunkah keupayaan wang yang kita simpan, contohnya di Fixed Deposit atau Unit Trust dapat meningkat dari simpanan asal. Sebagai contoh, jika kita menyimpan di Fixed Deposit sebanyak RM100,000, pulangan setahun ialah kira-kira 3% dan cara pengiraanya ialah 72/3 = simpanan kita akan berganda menjadi RM200,000 selepas 24 tahun akan datang.

Berbanding dengan pelaburan Unit Trust atau Unit Amanah yang memungkinkan pelabur mendapat pulangan purata sehingga 10% ke 12% setahun. Kira sendiri dengan menggunakan kalkulator di atas untuk mengetahui berapa tahunkah yang di perlukan untuk menggandakan wang simpanan kita di Unit Amanah berbanding dengan simpanan di tempat lain. Semestinya lebih cepat bukan?

Rule of 72 juga digunakan untuk mengetahui bagaimanakah caranya untuk kita melepaskan diri dari inflasi yang terjadi. Sekiranya kita dapat menjangkakan inflasi tahunan 5%, maka kita perlu mencari alternatif untuk menyimpan dan melabur di tempat yang boleh memberikan kita pulangan lebih dari 5% atau lebih setahun.

Nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi saya MrJocko, 019-6611619.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.