Apa Maksud Kaya Bagi Anda?
|
Seminggu yang lepas, ada kawan MrJocko tanya ‘Kenapa hang kerja kuat sangat, hang nak jadi kaya ka? Dulu kan elok kerja tetap, sekarang hang kerja sendiri. Bukan lagi penat ka? Tergamam MrJocko kejap. Apa yang MrJocko nak jawab???
Kalau ada orang tanya anda, ‘Anda nak kaya tak?’ Apa yang anda nak jawab???
Semestinya kalau tanya MrJocko, YES, MrJocko memang nak kaya. Tetapi kaya dalam cara MrJocko. Camana tu??? Bukankah kaya itu mesti ada duit yang banyak, rumah bungalow, harta bertimbun, travel sana sini dan shopping tak kira masa, serta makan makanan mahal sentiasa?
Adakah kaya dengan sebab anda ada Ferrari??? |
atau kaya dengan punya kuda-kuda yang hebat sebagai binatang peliharaan. Setakat hamster tak main la… |
ke kononnya kaya pasal anda pakai baju blazer, suit mahal-mahal. Entah-entah pakai baju blazer sewa??? |
Tidak pun, lalu tepi kereta orang, ambik gambar dan post kata ini kereta anda… choiiiiii |
ke anda kata anda kaya bila dapat pegi bercuti ke luar negara, sedangkan korang pegi cuti tu pun pasal pinjam duit dengan Bank. Buat personal loan… adoiiii |
Jadi, jawapan MrJocko cukup mudah. MrJocko tak nak dah kerja dibawah tekanan seperti dulu. MrJocko nak kaya dari segi buat keputusan sendiri dalam menjalankan perniagaan sendiri. Setakat ni, MrJocko belum lagi kaya dengan harta. Tetapi percaya la, sekarang, MrJocko jauh lebih kaya ‘MASA’ berbanding dulu, semasa kerja waktu pejabat.
Sekarang, rasa lebih kaya bila dah lama tak buat hutang. Pun begitu, masih dalam proses bayar hutang piutang lama. Maklum la dulu gaji kecik,,, banyak hutang.
Dan, lebih kaya masa bersama keluarga dan rakan-rakan kerana setiap hari, MrJocko sendiri yang tetapkan perancangan (InsyaAllah) untuk jadual harian, tidak perlu ikut telunjuk Boss.
Kalau diizinkanNya, MrJocko mahu kerja yang mudah dan dalam masa yang sama, MrJocko mahu nikmati hidup ini dengan semudahnya. Rasanya bukan cara hidup MrJocko tertekan dengan kerja pejabat. Ia mungkin bukan cara hidup MrJocko.
Dan, Alhamdulillah, selepas setahun, Allah memberikan MrJocko peluang kerja dengan rakan-rakan, berkhidmat untuk berkongsi idea dan menjual idea kepada rakan-rakan dan kenalan, di samping dapat sertai aktiviti blogger yang menjadi hobi MrJocko selama ini. Alhamdulillah, MrJocko rasa MrJocko sudah menuju ke arah ‘KAYA’ dalam bentuk yang MrJocko mahu…
Apa pula pengertian KAYA bagi anda???