Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Apa Maksud Merdeka Bagi Anda Tahun Ini

Saban tahun kita sambut hari Merdeka tanggal 31 Ogos, tetapi apa sebenarnya ‘maksud merdeka kepada anda untuk tahun ini? Adakah istilah ‘merdeka’ tahun ini memberikan apa-apa makna yang tertentu?

Tahun lepas, 2012 memberi pengertian yang agak besar kepada MrJocko selepas berhijrah dari kerja makan gaji kepada kerja sendiri, kendali sebuah Agensi Perundingan hak milik sendiri. Puas hati sangat-sangat.

 

 

Tahun ini, 2013, masih memberikan pengertian Merdeka kepada MrJocko kerana bebas untuk buat apa sahaja. Tahun 2013, MrJocko bebas sepenuhnya. Pagi boleh decide untuk bangun jam berapa, boleh plan nak pergi kerja jam berapa, boleh pilih hari ini nak pergi event mana satu dan bebas untuk balik kerja jam berapa. Ini sebenarnya kebebasan kerja (work freedom) yang MrJocko cari selama ini.

Kalau tahun 2012, sebelum berhijrah menguruskan perniagaan sendiri, terikat dengan waktu kerja 8.30pagi sehingga jam 6.00pm dan ihsan markah dari ‘boss’ untuk dapat penilaian gaji dan bonus yang tinggi. Kini tidak lagi, MrJocko sendiri tentukan income, bonus, cuti, waktu kerja dan waktu happy-happy untuk diri sendiri.

Inilah maksud kebebasan ‘Merdeka’ buat MrJocko untuk Merdeka tahun 2013. Anda bagaimana?

Glamorous MrJocko

 

p/s : pengertian Merdeka setiap individu memang berbeza

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.