Nak Tahu Apa Masalah Sebenar Broadband Yes4G Aku Ni?
|Sudah hampir 6 bulan MrJocko pakai Broadband Yes4G dan rasanya ada kelebihan dan kelemahan yang patut MrJocko kongsi untuk rujukan rakan-rakan lain yang tengah mencari servis broadband internet. Kali ni nak kongsi tentang Apa Masalah Sebenar Broadband Yes4G Aku Ni?

MrJocko pernah buat review pasal Speed Yes4G yang MrJocko subscribe. Pakej paling murah RM48 sebulan dengan hanya lebih limit penggunaan kurang 1G setiap bulan. Review pendek pasal Yes4G itu boleh lihat di Review Yes4G Speed Limit.
Minggu ni, Yes4G buat hal lagi. Makin lama, makin slow. Di huddle, warna coverage 4G asyik menunjukkan warna KUNING, bermaksud coverage yang lemah. Kalau warna HIJAU baru menunjukkan coverage yang KUAT. Pelik sungguh, padahal MrJocko tinggal di tengah KL dan sememangnya masa nak subscribe, lihat kawasan MrJocko tinggal memang coverage Yes4G memang strong.
Apa masalah sebenarnya coverage Yes4G ni??? Mula-mula ingatkan line broadband dah kena sekat. Maklumlah, kadang-kadang lambat bayar, tapi rupanya masih belum tamat tempoh. Pastu, tengok dalam sistem, tertulis FULL SPEED.
Jadi,,, kalau dah full speed, apasal internet aku slow macam kura kura tua??? Sila jawab?
user ramai speed jadi slow.
frust bos,,, sib baik bayar pakej paling murah
makna kata say NO to YES BROADBAND la kan….hehehehe