Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Apa Nasib Industri Pelancongan Di Malaysia Tahun 2020

Kita sudah memasuki akhir suku tahun kedua dan sudah hampir 15 bulan bergelut dengan wabak Covid-19. Sejak itu jugak hampir semua sektor industri ekonomi di Malaysia lumpuh sekitar 3 bulan kerana perlaksanaan PKP 1.0. Nafas kembali lega dengan PKPB dan kemudian PKPP, namun memasuki Jan 2021, kita terpaksa berada dalam PKP 2.0. Akibatnya, sektor pelancongan negara lumpuh dan hingga kini ramai tertanya-tanya, Apa Nasib Industri Pelancongan Di Malaysia Tahun 2020?

Seluruh dunia terkesan. Sektor pelancongan paling ketara kerana semua negara menutup pintu sempadan mereka kepada warga asing atau pelancong dari memasuki negara mereka. Akibat dari itu, ramai pekerja industri pelancongan kehilangan sumber pendapatan dan terjejas teruk.

Baca : Bagaimana Cara Untuk Tempah Suntikan Vaksin Covid-19 Di Malaysia

 


Apa Nasib Industri Pelancongan Di Malaysia Tahun 2020

Apa-Nasib-Industri-Pelancongan-Malaysia-Tahun-2022-07 copy

Apa-Nasib-Industri-Pelancongan-Malaysia-Tahun-2022-08
Kinabalu Park Kundasang

 

Mengikut informasi, memasuki bulan Jun 2021, hanya sekitar 3 juta rakyat Malaysia telah divaksinasi dan kalau mengikut perkiraan, kita masih ada sekitar 29 juta lagi rakyat seluruh Malaysia masih menunggu giliran untuk suntikan ini.

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/141791/BERITA/Nasional/Covid-19-Rakyat-divaksin-cecah-3-juta-orang

Jika dikira secara asas dan mengikut perkiraan kerajaan Malaysia, kita akan selesai mevaksinasi semua rakyat Malaysia pada awal Suku Tahun Pertama 2022. Dengan kata lain secara logik, pintu sempadan mungkin tidak akan dibuka lagi kepada umum sehingga tarikh tersebut.

Ini membawa erti lain, sektor pelancongan di Malaysia belum lagi dapat dibuka kepada pelancong luar negara. Namun, jika penurunan Kes Positif Covid-19 semakin ketara, mungkin pelancongan di dalam Malaysia akan dibenarkan dalam beberapa bulan yang akan datang.

Berat untuk semua, tapi itulah yang terpaksa kita semua hadapi di saat wabak yang sedang menular.
 

Apa-Nasib-Industri-Pelancongan-Malaysia-Tahun-2022-05
Tempat Menarik di Kuala Selangor
Apa-Nasib-Industri-Pelancongan-Malaysia-Tahun-2022-03
Tempat Menarik di Pulau Pinang
Apa-Nasib-Industri-Pelancongan-Malaysia-Tahun-2022-01
Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Apa-Nasib-Industri-Pelancongan-Malaysia-Tahun-2022-02

Apa-Nasib-Industri-Pelancongan-Malaysia-Tahun-2022-04
Cuti-cuti di Morib Selangor

Menarik di Sky Mirror Kuala Selangor
Menarik di Sky Mirror Kuala Selangor

 

Namun, sebelum ini telah ada sumbangan dan bantuan yang telah kerajaan salurkan kepada rakyat dan juga sektor yang berkenaan. Untuk bantuan PKP 3.0, khabarnya pembayaran One-Off RM500 akan diberikan kepada pemandu pelancong, pemandu bas, pemandu teksi, pemandu e-hailing dan sektor berkaitan.

bantuan-khas-pemandu-teksi-ehailing-926x1024
Bantuan Khas PKP 3.0

Ia tidak lah banyak, namun sedikit mungkin dapat membantu kita yang terkesan.

Diharapkan, perancangan Kerajaan, Kementerian Kesihatan dan juga idea bernas dari pihak Pelancongan Malaysia dapat memberi alternatif kepada semua pekerja industri supaya mereka dapat kembali bekerja denagn secepat mungkin selepas pandemik Covid-19 ini kembali reda dengan pamatuhan SOP yang ketat.

Thailand akan membuka sempadannya kepada pelancong ke Phuket Sandbox bermula Julai 2021. Malahan negara lain, Turki sudah lama mempromosikan Safe Tourism Go Turkiye untuk merancang pembukaan sktor pelancongan mereka.

Beberapa negara Eropah lain, sudah mula membuka sempadan mereka kepada pelancong negara jiran mereka dan negara-negara tertentu demi menyelamatkan industri pelancongan yang boleh memberikan pendapat kepada hasil negara.

Industri pelancongan di Malaysia harus bersedia dan diharapkan akan dibuka secepat yang mungkin, jika mendapat restu dari pihak Kerajaan dan KKM demi untuk kelestarian pengiat industri ini seluruh Malaysia.

Dengan keadaan terkini, ada peningkatan jumlah dalam aktiviti suntikan vaksin Covid-19 kepada rakyat Malaysia, ia mungkin akan lebih awal diselesaikan berbanding perangan asal, InsyaAllah.

Oleh yang demikian, tidak kira siapa anda asalkan anda adalah rakyat Malaysia, ambil bahagian dengan mendaftar dan segera dapatkan temujanji anda untuk vaksinasi Covid-19 di lokasi-lokasi berdekatan dengan kediaman anda.

Tak kira samada anda akan dicucuk oleh vaksin Pfizer, AstraZeneca ataupun Sinovac, ambil peluang ini agar usaha anda akan dapat membantu semua rakyat Malaysia mengekang penularan wabak pandemik CoronaVirus di negara tercinta ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.