Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Apa Status Syarikat VGMC Emas Di Malaysia

MrJocko teringin nak kongsi cerita tentang Virgin Gold Mining Corperation atau VGMC yang sememangnya popular di Malaysia ketika ini. Kenapa MrJocko nak kongsi, pasal salah seorang Makcik MrJocko pun terlibat sama sebagai pelabur di syarikat ini.
Maklumat penuh pasal syarikat MrJocko tak ketahui, cuma cukup la kalau MrJocko bagitahu, sebelum ni, MrJocko pernah masuk ke website syarikat ni, dan nampaknya tak ada satu alamat pun yang ada di Malaysia. Ok tak pa, biarkan ajer. Mungkin MrJocko tak jumpa atau VGMC ni pakai agen untuk urusan jual beli mereka.
Secara mudah, yang MrJocko faham pasal operasi business VGMC ni, mereka melakukan Trading Gold secara online dan keuntungan itu akan diberikan kepada pihak pelabur. Kalau mengikut informasi dari laman Facebook Unofficial VGMC, kalau ambik produk A, pelabur akan dapat sekitar 10% – 14% setiap bulan. Wow!!!! Dan kalau Trading Online Live akan dapat sekitar 10%-30%, pun WOW!!!…
Andaikan secara mudah, kalau MrJocko ada duit RM100,000 dan MrJocko invest dalam Produk A, maka dengan apa yang diberitahu, MrJocko akan dapat pulangan 10% minima setiap bulan, bermaksud RM10,000 setiap bulan. Wow!!! Kaya, kaya, kaya,,,
So, apa tunggu lagi… Untungkan melabur dalam business trading emas online di VGMC???
Tapi korang yakin ke cara tersebut adalah betul??? Boleh untung ker sampai 10% – 30%??? Fikirkan sendiri kerana jika VGMC boleh bagi keuntungan seperti ini, rasanya orang kaya-kaya, yang punyai duia berjuta, tidak lagi perlu bekerja penat-penat, Artis yang kaya raya tak perlu lagi susah-susah nyanyi atau berlakon sampai ke pagi. Letak jer RM500,000 nampaknya dengan konsep business perniagaan VGMC pelabur akan dapat dalam RM50,000 sebulan, banyak tu bro.
Apa yang saya nak cakap, modul projek perniagaan macam VGMC ini “MUNGKIN” berlesen di luar negara, tetapi setakat ini, di Malaysia ia masih belum ada kesahihan lesen yang diberikan. Benda mudah, kalau tak ada lesen, nanti kalau kena tangkap, ikut cara mana pun, tetap akan salah.
Beringat la, duit susah di cari.
berita baru, selepas kecoh-kecoh pasal banyak syarikat pelaburan emas seperti Genneva Malaysia Sdn Bhd kena serbu, banyak syarikat lain sudah takut mereka pun kena serbu. Kalau kena serbu, secara mudah, hampir 99.99% peluang untuk dapatkan duit balik adalah mustahil.
Sekarang dengar kata ramai pelabur VGMC berubah ke syarikt baru RGCX pulak,,,
3 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.