Apa Tempat Yang Menarik Di Da Nang Vietnam
|Apa Tempat Yang Menarik Di Da Nang Vietnam
Vietnam salah satu negara yang agak terkenal di zaman Perang Dunia Kedua kerana peperangan yang meletus akibat kerakusan beberapa negara yang ingin menakluki negara ini. Kini, Vietnam semakin maju dan berkembang dan punyai banyak destinasi cantik dan menarik untuk tarikan pelancong seluruh dunia.
Selama pengalaman MrJocko sekali sempat melancong sekali di Ho Chi Minh bersama keluarga. Pun begitu, ia satu pengalaman yang sangat menarik, lebih-lebih lagi pengalaman menyaksikan sendiri sejarah perang yang pernah berlaku di Vietnam.

Antara entry MrJocko berkenaan Vietnam :
http://www.mrjocko.com/2012/03/tempat-menarik-di-ho-chi-minh-saigon.html
http://www.mrjocko.com/2012/02/rasa-halal-vietnam-vietnam-delights.html
Oleh kerana ingin teroka beberapa lagi destinasi menarik di Vietnam, MrJocko dan keluarga sekali lagi merancang untuk bercuti di Vietnam. Lokasi pilihan kali ini di Da Nang, Vietnam, pusat percutian pantai yang memang terkenal di negara Vietnam.
Apa yang menarik di Da Nang Vietnam?
Secara umum, Da Nang adalah lokasi bandar yang memang dekakt dengan pantai dan laut. Sudah pasti tarikan utama di Da Nang adalah keindahan pantai dan laut. Pantai di sekitar Da Nang agak panjang dan ia menawarkan banyak lokasi pantai yang cantik dan murah untuk pelancong.
Selain dari pantai, sudah pasti menu makanan laut yang agak terkenal di Da Nang kerana ia dekat dengan laut. Harga makanan laut di Da Nang memang agak murah dan sudah pasti kalau anda peminat makanan laut, Da Nang adalah lokasi yang mesti anda cuba. Cuma untuk Muslim, anda harus lebih berhati-hati kerana di Da Nang agak susah untuk mendapatkan menu masakan Muslim sepenuhnya.
Beberapa lokasi lain yang agak terkenal di Da Nang mungkin akan menarik minat anda juga ke sini. Selain pantai, anda boleh melihat beberapa sejarah tinggalan perang atau melawat ke kawasan yang berbukit bukau seperti Marble Mountain dan juga Temple yang ada sekitar ini, jika anda peminat sejarah dan seni bina.
Da Nang ada beberapa lokasi pasar malam yang agak menarik dan salah satu yang terkenal ialah Cho Han (Han Market) sejak tahun 1950an lagi. Kalau anda ke Pasar Malam Han Market ini, anda boleh dapatkan banyak barangan cenderahati serta pakaian serta kain yang boleh anda beli sebagai kenangan di Da Nang, Vietnam.
Baca : Pantai Da Nang Yang Unik
Sebenarnya, yang menarik MrJocko untuk ke Da Nang adalah pantai dan laut yang ada di sana. InsyaAllah, kami akan ke sana dan akan teroka menu masakan Muslim dan makanan Halal untuk kami kongsi bersama pelancong Muslim yang lain untuk info kepada semua. Kali ini, MrJocko akan bersama keluarga ke Da Nang dan tujuan kami adalah pantai, makanan dan juga sejarah yang ada di Da Nang.
Apa yang menarik di Da Nang? MrJocko akan kongsikan kemudian selepas kami melancong di tempat menarik di Da Nang nanti. 🙂


tak sabar nak baca details. nanti boleh plan trip ke sana pula..
menarik, cantik pantai situ…
Kota Da Nang merupakan sebuah kota pelabuhan di Vietnam yang terletak di tengah-tengah antara Hanoi dan Ho Chi Minh. Kota ini merupakan pusat ekonomi terbesar yang keempat di Vietnam setelah Kota Ho Chi Minh, Hanoi dan Hai Phong dan berjarak sekitar 759 kilometer sebelah selatan Hanoi atau sekitar 960 kilometer sebelah utara dari Kota Ho Chi Minh.