Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Apa Yang Best Travel Ke Thailand

Thailand memang terkenal dikalangan orang Malaysia sebagai destinasi pelancongan sejak dari dulu lagi. Sejak dari remaja, MrJocko sendiri teringin nak melancong ke negara Thailand. Dengar cerita dari mereka yang pernah ke sana, banyak yang menarik bila melancong ke Thailand. Sangat teruja untuk travel ke Thailand sehinggalah saya pertama kali menjejakkan kaki ke Thailand pada tahun 1997. Sehingga kini, tahun 2016, hampir 20 tahun ramai rakan-rakan akan bertanya, apa yang best travel ke Thailand.

Jangan ingat bila melancong ke Thailand, tarikan utama ke sana adalah industri ‘kelab malam’ dan hiburan sahaja. Banyak sebenarnya yang menarik bila melancong ke Thailand.

Best Travel Ke Thailand

 

 

 

1. Membeli-belah di Pasar Malam (Night Market)

Orang Malaysia memang terkenal dengan sifat suka ‘shopping’ membeli-belah. Paling menarik di Thailand ialah pilihan Pasar Malam yang banyak dan menarik samada di Bangkok, Chiang Mai, Phuket, Krabi, Hatyai, Hua Hin, Pattaya dan banyak lagi pasar malam yang menarik di Thailand. 

Bila anda berada di Pasar Malam di Thailand, MrJocko jamin, anda akan leka membeli belah di sana dan sanggup luangkan masa berjam-jam untuk window shopping dan juga borong banyak barang yang dijual di pasar malam di Thailand.

2. Harga barangan murah

Especially bila berada di Pasar Malam di Thailand, banyak barangan yang dijual di sini adalah jauh lebih murah berbanding harga di Malaysia. Antara yang mungkin akan anda beli ialah T-Shirt, Blouse wanita, Beg, Aksesori smartphone, Barangan cenderahati dan banyak lagi.

Kalau anda pandai pilih barang, anda mungkin akan dapat banyak pilihan koleksi baju, seluar, kasut dan produk lain yang dikategorikan sebagai ‘barangan replika’ yang dibuat berdasarkan koleksi produk original dengan harga jauh lebih murah. Percaya lah, kalau anda dah lihat, pasti akan tergoda.

3. Tarikan pantai dan pemandangan yang cantik

Persisir pantai negara Thailand agak luas. Antara yang popular ialah Laem Son National Park, Pantai Praphat, Phuket, Krabi, Satun, Songkla, Surat Thani, Chumpon, Prachuap Khiri Khan, Pattaya dan juga hingga ke Chanthaburi. Boleh kata setiap destinasi pantai terkenal di Thailand mempunyai tarikan sendiri. Boleh baca entry pasal Phuket, Krabi, Prachuap Khiri Khan dan juga Pattaya dari pengalaman MrJocko sendiri.

4. Makanan yang sedap, halal dan murah

Kalau bercuti, semestinya makanan antara menjadi pilihan. Kalau anda melancong ke Thailand, makanan halal memang banyak pilihan dan boleh dikatakan menu yang disediakan memang sedap-sedap belaka. Bayangkan menu Ikan Siakap 3 Rasa, Resipi Ikan Siakap Stim Limau Thai, menu Soft Shell Crab, resipi Udang Harimau Goreng, menu Sotong Goreng Tepung, Sotong Goreng Telur Masin dan banyak lagi menu-menu terbaik termasuk menu terkenal Tomyam Thailand yang asli.

Lebih mengujakan anda bila harga makanan seafood di Thailand adalah jauh lebih murah berbanding di Malaysia.

 

5. Pilihan hotel murah

Memandangkan Thailand adalah popular dari sudut pelancongan, tidak perlu risau tentang pilihan bilik hotel ketika melancong di Thailand. Samada di Bangkok, Phuket, Krabi, Pattaya dan lokasi destinasi pelancongan lain, di sana ada banyak pilihan hotel-hotel menarik dengan harga yang berpatutan. Secara umum, harga hotel di Thailand adalah sekitar 30% lebih murah berbanding di Malaysia.

Sebagai contoh, jika anda berada di Bangkok, anda masih boleh mendapatkan bilik hotel bertaraf 3 bintang dengan harga sekitar RM100, berbanding RM130 di Malaysia. Jika anda rajin membuat pilihan, anda mungkin dapat harga bilik yang jauh lebih murah.

 

6. Tarikan Hiburan

Semestinya ada banyak pilihan ‘entertainment attraction’ di Thailand, lebih-lebih lagi di Bangkok, Phuket, Krabi dan Pattaya.  Destinasi lain di Thailand pula menawarkan tarikan pilihan percutian yang lebih bersifat ‘family’ seperti Muzium 3D, Taman Tema Air dan juga pusat Waterfront seperti di Asiatique di kota Bangkok.

Antara lain yang popular di Thailand semestinya Pusat Urut. Untuk pakej urut kaki dan badan biasa di Thailand, anda boleh dapat dengan harga sekitar Baht250 bagi tempoh satu jam. Jangan risau, untuk lelaki, ada tukan urut lelaki dan untuk perempuan, ada tukang urut untuk perempuan.

 

Apa Yang Best Travel Ke Thailand?

Banyak lagi tempat menarik di Thailand bergantung kepada persepsi individu. Mungkin anda sukakan hutan dan belantara, jadi aktiviti hiking sudah pasti menjadi pilihan anda. Kalau begitu boleh cuba untuk meneroka Gua-gua yang terbaik di Thailand seperti di Phu Pha Phet Cave, gua terbesar di Thailand. 

Jadi, sementara ada peluang, rancanglah masa anda dan jom travel ke Thailang. Banyak yang boleh anda alami di Amazing Thailand.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.