Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Apa Yang Boleh Di Beli Di Tokyo Jepun Travel Bajet

Apa Yang Boleh Di Beli Di Tokyo. Mungkin ramai yang beranggapan barang-barang di Jepun adalah mahal kerana pandangan kita Tokyo, khususnya adalah sebuah bandar yang pernah dinobatkan sebagai bandar termahal di dunia beberapa tahun yang lepas. Bayangkan, sewa bilik kecil di Tokyo berharga dari bersamaan RM2,000 untuk tempoh sebulan. Itu belum termasuk kos-kos lain di Tokyo. Kita mesti ingat, mahal-mahal dan mahal.

Tetapi sebenarnya, ada banyak tips yang boleh anda ikuti jika bercadang untuk membeli-belah dengan harga yang murah ketika berada di Tokyo, Jepun. Nak tahu rahsia beli barang murah di Jepun, boleh la teruskan membaca artikel ini.

Baca : Tempat Shopping Best Dan Murah di Tokyo Jepun



Nak shopping apa yang murah di Tokyo?

Apa Yang Boleh Di Beli Di Tokyo

Antara yang menjadi pilihan kalau shopping di Jepun, sudah pasti buat peminat jam G-Shock buatan Jepun. Di Tokyo, ia syurga koleksi jam-jam jenis dan model G-Shock original dengan menawarkan pelbagai design dan koleksi limited edition.

Harga purata jam G-Shock di Jepun dijual dalam lingkungan Yen 10,000 (RM300). Untuk makluman kebiasaannya harga seutas jam G-Shock model yang hampir sama di Kuala Lumpur di jual dengan harga sekitar RM550. Jadi, anda jimat RM250 dan juga mungkin akan berjaya mendapatkan koleksi limited edition gaya Jepun. 

Tempat Shopping di Tokyo

 

G-Shock antara pilihan terbaik shopping di Jepun

 

Selain itu, ada pelbagai koleksi kraftangan dan cenderahati yang boleh anda pilih dan beli di sekitar Ueno Street, Asakusa, Shibuya dan beberapa lokasi lain. Harga seunit gifts seperti ini adalah dalam lingkungan Yen 3,000 (RM9) dan hingga ke puluhan dan ratusan ribu Yen.

Nak cari cenderahati???

Apa-Yang-Boleh-Di-Beli-Di-Tokyo-03-Keychain Apa-Yang-Boleh-Di-Beli-Di-Tokyo-04-Uniqlo Apa-Yang-Boleh-Di-Beli-Di-Tokyo-05-Coke Apa-Yang-Boleh-Di-Beli-Di-Tokyo-06-Baju Apa-Yang-Boleh-Di-Beli-Di-Tokyo-07-Kraf Apa-Yang-Boleh-Di-Beli-Di-Tokyo-08-Kasut

Baca : Japan Must Buy

Koleksi kasut jenama yang murah

Apa Yang Boleh Di Beli Di Tokyo Jepun?

Untuk mereka yang sukakan kasut, di sini ada banyak koleksi kasut jenama terkenal. Kebanyakkan model kasut di sini adalah koleksi terbaru dan juga koleksi musim yang baru sahaja tamat. Untuk tips, beli sahaja promosi kasut yang ‘end season’ di sini, InsyaAllah kadang-kadang kalau anda rajin mencari, dapat la potongan sehingga 70%. 

MrJocko berjaya dapatkan koleksi Palladium Boots di sini dengan harga Yen 5,000 atau sekitar RM150 sahaja. Sedangkan model ini dijual sekitar RM550 di Palladium Outlet di The Garden KL.

Baca : Kenapa Best Shopping Di Jepun

Satu lagi yang boleh anda beli jika ke sini ialah pakaian di Uniqlo. Pastikan anda ke bahagian SALE dan beli koleksi end season. Percaya lah, banyak yang murah dan anda tidak akan sangka boleh dapat harga sebegitu murah di Tokyo.

Jangan lupa untuk buat survey dahulu. Kalau ke Shinjuku, banyak lokasi kedai second hand (preloved items) yang dijual dengan harga yang murah. Sebenarnya, banyak yang boleh anda boleh dan shopping di Tokyo dengan harga yang jauh lebih murah berbanding Kuala Lumpur.

Jom ke Tokyo, menerusi Haneda Airport dengan menaiki pesawat AirAsia.

12 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.