Site icon Travel Blogger Malaysia

Apa Yang Menarik Di Pulau Belitung Indonesia

Sebut Laskar Pelangi, ramai yang akan ingat lagu popular dari Kumpulan Nidji ini. Sebut apsal filem Laskar Pelangi, anda mungkin akan ingat pemandangan indah kampung dan pulau sepanjang penggambaran filem tersebut, Itu lah dia Pulau Belitung di Kepulauan Bangka Belitung. Apa Yang Menarik Di Pulau Belitung Indonesia ini?

Kalau anda peminat pulau, di sini, Kepulauan Bangka Belitung memang sesuai untuk anda. Bukan sahaja pulau yang cantik, pantai dan batu karang di sini juga punyai tarikan destinasi pelancongan Indonesia yang tersendiri.

Baca : Flight Ke Pulau Belitung Indonesia

Menarik Di Pulau Belitung Indonesia

 

Apa Yang Menarik Di Pulau Belitung Indonesia

 

Pulau Belitung adalah pulau terbesar di sini, mempunyai lapangan terbang yang terletak di Tanjung Pandan. Bermakna, selain dari menaiki bot dari Jeti Tanjung Priok, Jakarta, anda boleh menaiki penerbangan untuk ke Pulau Belitung.

Antara pulau yang terkenal sekitar Belitung ialah Pulang Lengkuas yang mempunyai Rumah Api terbina seawal tahun 1900, Pulau Mendanau, Pulau Seliu, Pulau Liat dan banyak lagi pulau-pulau kecil sekitarnya.

 

 

 

 

Sebelum ini, Pulau Belitung sudah terkenal dikalangan mereka yang sukakan laut dan underwater activity. Tetapi selepas penggambaran filem Laskar Pelangi, ia menjadi fenomena dan semakin menarik ramai pelancong ke Pulau Belitung.

Sehari dua tidak cukup sebenarnya di Pulau Belitung. Anda mesti melakukan aktiviti seperti Island Hopping, snorkeling, selam skuba, berkayak, melepaskan tanglung, makan dan semestinya mandi di pantai yang cantik si sini. Pakej travel ke Pulau Belitung sesuai kalau anda dapat luangkan 4 hari 3 malam dan nikmati pulau Laskar Pelangir ini sebaiknya.

Untuk anda yang berminat ke Pulau Belitung, anda boleh dapatkan pakej MURAH dan Berbaloi dari Travel Agent Sahabat Konvoi +6011 4005 8875. Nak pakej sederhana dan luxury, pun ada.

 

 

Exit mobile version