Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Apple Lancar New MacBook Dan Apple Watch

Apple Lancar New MacBook Dan Apple Watch. Apple turut memperkenalkan produk dan gadget terbaru mereka pada 9 Mac 2015 dengan membawa New MacBook dan juga Apple Watch kepada dunia. Nampaknya Apple tidak mahu ketinggalan dan masih lagi mahu menjadi sebuah syarikat yang tidak mahu kalah kepada lawan terdekat Samsung.

MrJocko sempat mengikuti Apple Live Streaming di internet menyaksikan ‘presentation’ oleh orang kuat Apple, Tim dan juga beberapa orang kuat Apple ketika memperkenalkan New MacBook 2015 dan juga gajet Apple Watch sebagai tambahan kepada Macbook Pro, MacBook Air dan juga iPhone yang sedia ada.

Baca : Cerita tentang Apple Macbook

macbook-air-gold-2015-16

 

New_MacBook_2015

New_MacBook_2015_Price

 

Dengan harga $1,299 New MacBook nampaknya memang dijual dengan harga yang berpatutan sesuai dengan performance, rekaan baru serta lebih nipis berbanding MacBook Air. Paling menarik New MacBook datang dengan warna Silver dan Gold yang berbeza dari warna biasa serta 12 inci Retina Display yang berada ditengah-tengah saiz skrin MacBook Air 11 inci dan 13 inci. Menarik bukan?

 

Mungkin New MacBook dijual sekitar harga jualan RM3,999 di Apple Malaysia untuk 1.1GHz dan 256GB storan dan akan mula dihantar pada 10 April 2015.

 

 

New_MacBook_2015
New_MacBook_2015_Launch

 

Apple_Watch_2015
Apple_Watch_2015

 

Apple_Watch_2015
Apple_Watch_2015_Launch

  Tidak kurang hebat dengan pengenalan kepada Apple Watch yang akan menjadi pelengkap kepada iPhone 6 dan iPhone 6 Plus. Fungsi Apple Watch ini akan membantu pengguna iPhone dalam banyak perkara termasuk bantuan SIRI, Alarm, Camera dan macam-macam lagi termasuk e-pay.Dari segi rekaan jam Apple Watch memang cantik dan elegen, ditambah dengan 3 rekaan berbeza dan datang dengan warna yang berbeza.So, apa kata anda? Bagaimana dengan New MacBook dan Apple Watch yang baru diperkenalkan ini? Berminat untuk mengetahui lanjut boleh semak di laman web rasmi Apple. Facebook : www.facebook.com/GlamorousMrJocko Twitter : @MrJocko Instagram : @MrJocko 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.