Syiok Main Air Di Aquaventure Waterpark Atlantis Palm Dubai
|Aquaventure Waterpark Atlantis Palm Dubai antara destinasi taman tema air yang kini menjadi pilihan pelancong di Dubai. Lebih dari 20 juta gelen air, 20 kawasan renang, 11 buah kolam termasuk tiga kolam kanak-kanak, slaid luncur air yang mendebarkan, perjalanan batu-panjang sungai dengan jeram intensiti yang tinggi dan gelombang ombak yang mendadak. Adakah anda bersedia untuk mengalami keriangan di taman tema air terbesar di Caribbean?
Aquaventure Waterpark Atlantis Palm ialah waterscape seluas 141 ekar dan dibina di tengah lokasi hebat Atlantis Palm Dubai yang luar biasa. Ia adalah destinasi kepada puluhan kolam air, sungai dan slaid seperti enam tingkat ‘The Mayan Temple Slide’ di mana anda menjunam ke dalam kolam dipenuhi jerung, mencabar keberanian minda dan semangat liar anda di dalam air.
Aquaventure Waterpark Atlantis Palm Dubai
Baca : Hotel Review Madinat Jumeirah Hotel Dubai
Atau jika mahukan sesuatu yang lebih santai di susur perjalanan sungai yang mengalir perlahan, ia dipanggil “Lazy River” dan juga “The Current“. Tidak cukup dengan itu, anda boleh berendam di dalam air dan nikmati kesejukkan air yang hebat ini, hanya di Aquaventure Waterpark Atlantis Dubai. Sesiapa sahaja yang cintakan aktiviti akuatik taman tema, anda boleh mencari keseronokkannya di sini, di Aquaventure Waterpark Atlantis. https://www.atlantisthepalm.com/marine-water-park



Bayangkan anda di Dubai dengan suhu yang mencecah sehingga 45 Darjah Celsius, air adalah satu kenikmatan yang tidak terhingga. Pilih sahaja kolam mana yang anda nak mandi dan berenang, ia memang satu pengalaman yang terbaik di Dubai. Waterpark di Dubai ini umpama syurga air di padang pasir dan ia boleh melalaikan anda dari pagi hingga petang.
Untuk anda yang sukakan ride slaid yang laju, semestinya anda mesti cuba The Mayan Temple Slide. Gelongsor air ini akan membawa anda gelongsor hingga ke bawah aquariuam di dalam Aquaventure Waterpark Atlantis. Terbaik!!!
Antara yang best, lepak di atas Pelampung dan menyusur air sungai sambil main air. Syiokkk.
Baca : Hard Rock Cafe Dubai
Pastikan anda datang ke Aquaventure Waterpark Atlantis Dubai seawal ia dibuka. rehatkan diri anda dan alami keseronokkan bermain air di Dubai, anda akan hargai setiap saat anda di Aquaventure Waterpark Atlantis Dubai. Percaya lah…