Site icon Travel Blogger Malaysia

Arahan PKPB Boleh Tak Terbang Guna AirAsia Rentas Sempadan?

Memang tidak dinafikan, sejak arahan PKP dan kemudianya diloggarkan menjadi PKPP, rakyat Malaysia mula melancong di dalam Malaysia. Banyak tiket penerbangan ke luar negara terpaksa dibatalkan perjalanannya. Kini, bila tiba Arahan PKPB : Boleh Tak Terbang Guna AirAsia Rentas Sempadan?

Saya tertarik dengan perkongsian seorang di Group Backpackers Buddies Malaysia yang mana beliau bertanyakan status penerbangan beliau setelah Kerajaan Malaysia mengarahkan perlaksanaan PKPB bermula 14 – 27 Oktober 2020. Ini jawapan dari pihak AirAsia, melalui perbualan menggunakan AirAsia Live Chat.

Baca : Pengalaman Guna AirAsia Live Chat

 



 

Arahan PKPB Boleh Tak Terbang Guna AirAsia Rentas Sempadan?

PKPB_Boleh_Tak_Terbang_Guna_AirAsia_01 copy


 

Merujuk apa yang kami faham, setakat hari ini penerbangan AirAsia di dalam destinasi domestik akan beroperasi seperti biasa. Cuma yang menjadi masalah sekarang, penumpang dari Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur yang akan ke KLIA2 pasti akan ada sedikit masalah kerana ia melibatkan rentas daerah dan sempadan.

Oleh yang demikian, sila rujuk pengumuman SOP dari pihak MKN atau segera berurusan dengan pihak berkaitan. Mungkin paling mudah, boleh rujuk kepada Balai Polis berhampiran.

Boleh semak jawapan dari pihak AirAsia, “flight AirAsia berlepas seperti terjadual, PERJALANAN ANDA DARI RUMAH KE AIRPORT ADALAH URUSAN ANDA SENDIRI”. Sila fahami betul-betul kerana tanggungjawab sendiri untuk memastikan anda mendapat kelulusan untuk rentas sempadan dari pihak berwajib.

Brader ni mungkin marah sebab dia tak faham. Dan sebenarnya ramai lagi yang masih keliru dengan Perlaksanaan SOP PKP, PKPB, PKPP dan PKPD. Harap kita semua boleh ambil masa untuk memahami isi kandungan SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamat Negara (MKN) dan pihak Polis DiRaja Malaysia.

Arahan-arahan sepanjang perlaksanaan PKP ini adalah untuk memudahkan semua pihak dalam membendung wabak CoronaVirus Covid-19.

Sumber : BBBM Facebook

Ya memang betul. Pastinya menjadi tanggungjawab penumpang sendiri untuk sampai ke Lapangan Terbang dan berada di ruang menunggu dalam masa yang ditetapkan.

Perlukan bantuan dari pihak AirAsia? Layari pautan ini AirAsia Support

Untuk informasi, SOP setiap Syarikat Penerbangan adalah berbeza. Jika anda ada penerbangan dalam tempoh tersebut, sila rujuk MKN dan Syarikat penerbangan terbabit.

Exit mobile version