Arashiyama Benkei Restaurant And Rooms Ada Menu Friendly Muslim
|Seharian memang tak cukup kalau korang nak berkunjung ke Arashiyama. Sebelum ni, ramai yang ingat Sagano Bamboo Forest dan Tenryuji Temple sahaja yang menarik di sini. Sebenarnya ada banyak lokasi lain. Sementara nak ke tempat menarik di Arashiyama, MrJocko dibawa untuk makan tengahari. Kalau nak tahu Arashiyama Benkei Restaurant And Rooms Ada Menu Friendly Muslim.
Arashiyama Benkei Restaurant And Rooms antara restoran makanan tradisional Jepun yang sangat terkenal di Kyoto. Benkei Restaurant menyediakan menu ‘traditional multi-course’ kaiseki yang mempunyai bahan-bahan terbaik bukan sahaja dari Kyoto tetapi dari seluruh Jepun.
Baca : Bamboo Forest Arashiyama Kyoto Osaka Jepun
Food Review Arashiyama Benkei Restaurant
Kalau korang nak tahu, bandar Kyoto maju sebagai ibu kota Jepun selama lebih seribu tahun. Kyoto juga membangunkan budaya ‘gourmet’ persediaan makanan sendiri sebagai satu budaya mereka.
Ada yang kata asal-usul masakan Kyoto boleh didapati di Shōjin-Ryori, asas masakan vegetarian Buddha.
Uniknya kalau makan menu tradisional Jepun, ia umpama satu kreativiti pernyediaan makanan yang hebat dan punyai nilai-nilai sendiri. Selain dari rasa, adat ini menghargai persembahan makanan dan suasana makan. Cara orang Jepun ialah untuk memastikan semua 5 deria untuk menikmati pengalaman makanan tersebut.
Orang Jepun menghargai makanan mereka dan menitik beratkan makanan yang berkualiti.
Rezeki makan di Benkei Restaurant di Arashiyama ini memang rezeki kami. Terima kasih kepada Mr Nagaoka dan Mr Shuichi Kato yang memperkenalkan kami kepada Benkei Restaurant. Terima kasih juga keran menyediakan menu Friendly Muslim kepada kami.
Tengok sahaja hidangan makan tengahari kami di Benkei Restaurant. Menu dia berasaskan ikan dan sayur. Ada sedikit udang dan seafood. Memang sangat sedap. Tidak lupa juga kepada Tauhu dan Telur yang memang awesome.
Kyoto Benkei Restaurant Menu
Kalau anda nak cuba menu makan tengahari atau menu makan malam di Benkei Restaurant, anda boleh hubungi mereka atau lawati laman web rasmi Benkei Restaurant Kyoto .
Lokasi restoran ini sebelah sahaja dengan Monkey Mountain Park dan pemandangan di situ memang menarik. Kalau musim salji atau musim autumn, anda akan terpesona dengan pemandangan indah di Arashiyama dari Benkei Restaurant Arashiyama.