Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Astro ARENA Majalah Sukan Digital Pertama Di Malaysia

Astro ARENA Majalah Sukan Digital Pertama Di Malaysia. Bahagian sukan Astro mengorak langkah baru dalam Majalah Digital apabila menerbitkan majalah sukan digital yang pertama menerusi ARENA yang mula diterbitkan pada Jun 2014. Majalah Sukan Digital dari Astro ini akan memaparkan informasi terkini tentang sukan tempatan serta padat dengan artikel-artikel menarik.

Nama Arena itu sendiri bermaksud gelanggang atau lapangan untuk pertarungan sukan. Jadi sekali kita dengan nama arena, kita sudah boleh agak, ia adalah satu nama berkaitan dengan aktiviti perlawanan sukan. Tidak kira sukan apa, setiap sukan akan ada gelanggangnya tersendiri.

Baca : Tonton Rancangan Sukan Menarik Di Astro

Majalah Sukan Digital Pertama Malaysia

 

Majalah Arena merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Arena sukan ini menumpukan mengenai perkembangan sukan tempatan, dan antarabangsa. Ia turut meninjau kehidupan sebenar pemain-pemain terkenal.

Untuk Edisi pertama Astro ARENA Isu 001, pemain bolasepak Kelantan Piya dan penjaga gol Kebangsaan Apek Khairul Fahmi menjadi Selebriti Sukan yang pertama menghiasi muka depan Majalah ini. Pastinya ia lebih meriah dan sesuai untuk Majalah Sukan Digital Arena ini.

Bagi peminat sukan di Malaysia, anda boleh muat turun halaman-halaman Majalah Astro Sukan Astro ini secara online melalui App di App Store dan Google Play Store bermula Edisi Isu 002 nanti secara PERCUMA.

Update : Majalah Arena ini yang dulunya terkenal kini dikenali dengan nama baru Stadium Astro.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.