Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Arirang Souvenir Shop Dongdaemun Di Doota Mall Seoul

Khas buat pelancong Malaysia yang berkunjung ke Seoul, South Korea, boleh la cari kedai cenderahati ini untuk beli pelbagai jenis barangan souvenir untuk kenangan di negara Korea. Kedai ini paling terkenal dikalangan pelancong Malaysia, di kenali dengan nama Arirang Souvenir Shop Dongdaemun Di Doota Mall Seoul Korea, telah lama menjadi tumpuan pelancong jika nak cari hadiah dan souvenir murah.

Terletak di tingkat 5 bangunan Doota Mall, Seoul, ia merupakan lokasi paling strategik jika nak membeli belah. Bukan sahaja hampir semua jenis souvenir ada, malah harga barangan di sini jauh lebih murah dari lokasi lain dan juga kadang-kadang boleh tawar menawar (walaupun sebenarnya orang Korea tak suka bila pembeli membuat tawar menawar.

Baca : Pertama Kali Menjejak Kaki Ke Seoul Korea Bumi Drama Winter Sonata

Arirang Souvenir Shop Dongdaemun Di Doota Mall Seoul Korea

Arirang Souvenir Shop Dongdaemun Di Doota Mall Seoul
 

Sebab itu, kalau nak cari hotel atau bilik penginapan murah, kawasan sini memang ada banyak pilihan. Samada nak duduk hotel 5 star, 3 star atau penginapan bajet, kawasang Dongdaemun ni menawarkan pelbagai pilihan. Lagipun ia sangat dekat dengan Pasar Dongdaemun yang terkenal, dekat dengan Nangdaemun dan juga tak jauh dari Dongmyo Flea market yang terkenal di Seoul Korea.

Kenapa saya kongsi lokasi nama-nama ini? Sebab di sini mereka menawarkan pelbagai jenis barangan yang murah dan berbaloi untuk anda shopping kalau nak cari barang ketika melancong di Seoul Korea.
 

Arirang Souvenir Shop Dongdaemun Di Doota Mall Seoul

Arirang Souvenir Shop Dongdaemun Di Doota Mall Seoul

Arirang Souvenir Shop Dongdaemun Di Doota Mall Seoul
 

Tentang Arirang Souvenir Shop ini, mereka memang sudah biasa menerima pelanggan dari Malaysia. Ada beberapa patah perkataan Malaysia yang mereka faham dan tahu perangai orang Malaysia yang suka membuat tawar menawar ketika membeli belah.

Hakikatnya, kalau kedai lain, pemilik kedai agak tidak selesa jika orang Malaysia nak membuat tawar menawar. Sesetengah kedai akan tak layan jika kita terlalu banyak membuat tawar-menawar.

Namun kat sini, Tauke kedai memang peramah, senang nak buat urusan dan jika anda bei banyak produk kat sini, InsyaAllah akan ada lebih diskaun dan juga hadiah Free Gifts. Tak perlu nak pergi jauh, cari kat sini jer, semua barang ada.

Arirang Souvenir Shop Dongdaemun Di Doota Mall Seoul
Doosan Tower

Pengalaman kami, 3 kali ke Seoul, 3 kali jugak kami singgah di Doota Mall, Doosan Tower untuk aktiviti membeli belah. Sini memang happening dari pagi hingga ke larut malam.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.