Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Arjuna Village Uptown Hawkers Damansara Utama

Antara lokasi kegemaran kami sekeluarga kalau nak makan malam di hujung minggu ialah di Uptown Hawkers Damansara Utama. Rupanya kat sini ada Menu Tradisional Di Arjuna Village Uptown Hawkers Damansara Utama. Tak perasan pulak ada gerai Arjuna Village ni, walaupun dah banyak kali singgah di sini.

 

Arjuna Village Uptown Hawkers
 
 

Di Uptown Hawkers Damansara Utama memang banyak tempat makanan yang best dan terbaik. Kalau selalu MrJocko makan Kari Kepala Ikan atau Menu Thai Tomyam saja. Kali ni nak cuba menu baru.

 
Arjuna Village Uptown Hawkers
 

Nak cari Arjuna Village ni mudah sahaja. Korang naik saja tangga kedua selepas signboard Uptown Hawkers, bangunan sebelah kiri, korang akan nampak gerai ni betul-betul sebelah kanan anda, kedai yang pertama. 

Menu kat sini memang best. Masakan tradisional yang memang jarang-jarang kita jumpa kat Kuala Lumpur. Rasa pun sedap, sama seperti kita makan kat rumah-rumah di kampung.

Arjuna Village Uptown Hawkers Damansara Utama
Arjuna Village Uptown Hawkers
 
 

Aku order set masak lemak, sotong pedas, ayam masak pedas, telor dadar dan juga ulam. Aku makan dengan Azmi Tauke Lanun Steak, berdua jer, so, boleh la makan puas-puas.

Sememangnya rasa masakan sini sebijik macam makan kat kampung… sangat original tradisional.

Baca : Menu Lain Sedap di Uptown Hawkers Ialah Kari Kepala Ikan

 
Arjuna Village Uptown Hawkers
Arjuna Village Uptown Hawkers
Arjuna Village Uptown Hawkers
Arjuna Village Uptown Hawkers Damansara Utama

 

So, sesiapa yang nak cuba dan teringin nak makan menu masakan ala kampung yang masih lagi original, sedap, menyelerakan, tradisonal boleh cuba Arjuna Village di Uptown Damansara Utama. MrJocko dah cuba… yum yum…

MrJocko.com

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.