Site icon Travel Blogger Malaysia

Artikel MrJocko Di Majalah Libur Edisi Keluaran Februari 2014

Alhamdulillah, rezeki pertama MrJocko bersama Majalah Libur apabila 2 artikel yang MrJocko hantar sudah diterbitkan oleh Majalah Libur keluaran Februari 2014. Ingatkan satu artikel sahaja, tetapi nampaknya kedua-dua artikel diterbitkan serentak.

Alhamdulillah, pagi ini bangun dengan penuh semangat selepas hari pertama di Korea. Semalam check in di Holiday Inn Alpensia PyeongChang. Memang terbaik...

Ini sesuatu yang MrJocko sendiri boleh banggakan. Ia mungkin kecil bagi sesetengah orang, tetapi untuk peribadi MrJocko, ia satu pencapaian baru dalam bidang penulisan kembara sebagai penulis blog.

Artikel Travel di Majalah Libur

Artikel pertama tentang membara FAM Media MrJocko bersama 6 wakil ke Hatyai dan Satun di Thailand. Trip 4 hari 3 malam ini anjuran Tourism Authority of Thailand dan MrJocko dijemput bagi mewakili Majalah Libur. Satu trip yang sangat menarik kerana peluang MrJocko explore tempat menarik di Satun, daerah La-ngu, Selatan Thailand.

Artikel kedua ialah cerita FAM Media ke Pulau Pinang. Ini antara jadual perjalanan terbaik MrJocko bersama Tourism Malaysia ke Pulau Pinang dan berpeluang merasai pengalaman 2 hari 1 malam di dalam Superstar Libra, cruise yang membawa kami keliling Laut Andaman. Anda mesti cuba.

Terima kasih kepada Editor Majalah Libur En Meor Khairi dan juga Karangkraf yang memberikan MrJocko peluang ini. Pengalaman FAM Trip Media memang sesuatu yang menakjubkan.

InsyaAllah, dalam keluaran akan datang akan ada Artikel membara dari wakil Blooggers Dot Com dan ia akan berkongsi tentang tempat menarik sepanjang membara kami di seluruh Malaysia dan luar Malaysia.

Glamorous MrJocko

Exit mobile version