Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Asakusa Don Quijote Tempat Shopping Macam-Macam Di Jepun

Donki atau nama Don Quijote memang tidak asing lagi dikalangan orang Jepun. Pelancong juga, memang pasti kan singgah di Don Quijote kerana di sini, ada banyak barang-barang jualan menarik. Sebab itu, saya berani katakan bahawa Asakusa Don Quijote Tempat Shopping Macam-Macam Di Jepun.

Bukan itu sahaja, kedai serbaneka ini adalah kedai yang unik yang mana punyai pelbagai barangan termasuk barangan makanan, alatan elektronik, aksesori telefon, pakaian, permainan, jam tangan, beg dan pelbagai barangan lagi dan ia adalah kedai yang dibuka selama 24 jam.

Baca : Shopping Jam GShock Murah di Don Quijote

Asakusa Don Quijote Tempat Shopping

 


Asakusa Don Quijote Tempat Shopping Macam-Macam

Asakusa Don Quijote Tempat Shopping Macam-Macam copy
 

Memandangkan ia lokasi wajib singgah kalau ke Jepun, pastilah saya juga singgah beberapa kali ke sini. Antara yang boleh dibeli, pastinya Cenderahati, Jam GShock dan juga produk Pre-Loved seperti Beg Tangan Wanita, berjenama antarabangsa seperti Coach, LV, Prada dan banyak lagi.

Tapi, kalau nak ke sini, tak payah nak cepat-cepat. Siang hari, pusing dulu mana-mana lokasi menarik atau tempat menarik yang anda nak pergi. Bila dah menjelang malam, selepas waktu makan malam, barulah singgah di Don Quijote. Sebab, kedai ini kan dibuka selama 24 jam.
 

Asakusa Don Quijote Tempat Shopping Macam-Macam 01

Asakusa Don Quijote Tempat Shopping Macam-Macam 01
 

Baca : Jam G-Shock GM2100 Steel Yang Cantik

Banyak lagi sebenarnya benda menarik yang boleh anda beli di Don Quijote. Apa yan gsaya kongsikan, adalah pilihan utama saya kalai ke Jepun. Mungkin, ada yang berminat nak beli mainan, produk kecantikkan wanita dan ada ju

Untuk informasi kepada semua, gedung Don Quijote Asakusa ada mempunyai bahagian untuk pilihan ‘Muslim-friendly souvenir’ terletak di tingkat 2. Info lanjut boleh layari di pautan ini http://www.donki.com/en/index.php?&pre=le

 
Asakusa Don Quijote Tempat Shopping Macam-Macam 08

Asakusa Don Quijote Tempat Shopping Macam-Macam 03

Asakusa Don Quijote Tempat Shopping Macam-Macam 04

Asakusa Don Quijote Tempat Shopping Macam-Macam 05

Asakusa Don Quijote Tempat Shopping Macam-Macam 07

Asakusa Don Quijote Tempat Shopping Macam-Macam 06
 

Asakusa Don Quijote Tempat Shopping Macam-Macam

Don Quijote sangat popular dengan jualan harga dan perkhidmatannya yang rendah berbanding kedai-kedai lain. Mereka menyediakan perkhidmatan dalam banyak bahasa, dan ramai pelancong yang membeli di Don Quijote akan terkecuali dari Cukai VAT 8% (mengikut nilai minima yang ditetapkan)

Disebabkan peningkatan yang ketara dalam kedatangan pelanggan dari Asia yang beragama Islam, syarikat itu merancang untuk menguatkan persediaan mereka untuk menerima pelanggan Muslim dengan menyediakan ruang Solat.

Tahniah atas usaha ini Don Quijote Jepun.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.