Asakusa Nakamise Shopping Street Di Tokyo Tempat Wajib Lawat
|Rata-rata pelancong kalau datang ke Tokyo, pasti akan singgah di Asakusa. Yang paling menarik ialah Pintu Gerbang dengan Tanglung Besar (Kaminarimon) menuju ke Senso-ji Temple Tokyo. Ini adalah spot bergambar hampir semua pelancong di kawasan ini. Selain itu, ada banyak kedai untu membeli belah dan makan, menjadikan Asakusa Nakamise Shopping Street Di Tokyo Tempat Wajib Lawat kalau ke Jepun.
Lokasi ini, Asakusa Nakamise Shopping Street salah satu tempat pelancongan utama di Tokyo, ditambah dengan lokasi yang ramai pelancong tempatan memakai baju Kimono sambil berjalan sekitar Nakamise Shopping Street.
Asakusa Nakamise Shopping Street Di Tokyo
Baca blogpost MrJocko sebelum ini tentang Asakusa Shopping Street Tokyo
Sebelum masuk ke gerbang Kaminarimon, ada bangunan baru didirikan sebagai pusat informasi di Asakusa. Ia dikenali sebagai Asakusa Culture Tourist Information Center. Disini, korang boleh masuk secara percuma dan naik sehingga tingkat 8 untuk melihat Asakusa Nakamise Shopping Street dari atas.
Selain itu, ada beberapa aktiviti di sediakan di sini dan kebanyakkannya adalah untuk semua pelancong secara PERCUMA.
Melewati gerbang Kaminarimon yang terkenal dengan lambang Asakusa, Taito-ku, Tokyo, korang akan mendapati banyak kedai-kedai menjual barangan seperti cenderahati, aksesori, mainan, makanan dan banyak lagi sehingga ke pintu Senso-ji Temple, Nakamise. Ada lebih kurang 50 buah kedai di sebelah timur dan 30 di sebelah barat, semuanya adalah bangunan lama dan bersejarah.
Di sini, Korang boleh menikmati suasana Shitamachi (pusat bandar Tokyo). Asakusa Nakamise Shopping Street sentiasa dipenuhi dengan pelancong.
Ramai orang Jepun kata, Asakusa Nakamise Dori adalah salah satu jalan membeli-belah tertua di Jepun. Kisahnya, apabila Tokugawa Ieyasu, seorang panglima perang yang memerintah Jepun dalam Tempoh Sengoku (1493-1590), mengasaskan Edo Shogunate, penduduk kota Edo meningkat dengan pesat. Beberapa penduduk membuka kedai-kedai di dalam bangunan Kuil Senso-ji dan berdekatan, yang dikatakan berasal dari Nakamise Dori.
Sejak dari itu, ia semakin dikenali dari hari ke hari, sehingga ia kini menjadi pusat tarikan utama pelancong ke Tokyo.
Di sebelah kirin dan kanan Asakusa Nakamise Shopping Street turut didirikan jalur lorong untuk membeli belah juga. Kawasan ini ada menjual pakaian, aksesori, barangan kegunaan harian, restoran, kedai pre-loved di Tokyo dan banyak lagi.
Kalau nak melawat kawasan ini, kena habiskan masa sekurang-kurangnya separuh hari. Ada banyak yang menarik di Asakusa termasuk kedai makanan Halal Muslim Asakusa, kedai Don Quijote Asakusa dan bermacam lagi.
Layari laman web ini untuk maklumat lanjut Japan Guide Asakusa