Site icon Travel Blogger Malaysia

Pakej Harga Aseania Beach Resort Di Pulau Besar Mersing

Aseania Beach Resort di Pulau Besar adalah resort terbaik di pulau ini. Punyai nama yang sudah established serta memang diakui punyai servis yang memang memuaskan. Anda yang bercadang nak bercuti di sekitar Kepulauan Mersing, boleh cuba untuk pilih menginap dengan Pakej Harga Aseania Beach Resort Di Pulau Besar Mersing ini. 

Untuk tempoh masa terhad, Aseania Beach Resort Pulau Besar menawarkan pakej promosi murah untuk penginapan di resort mereka dengan pilihan harga bermula dari RM588 untuk seorang dengan pakej penuh full board.

Pakej full board Aseania Beach Resort ini termasuk penginapan 3 hari 2 malam, 2X sarapan pagi, 2X lunch, 2X dinner dan pengangkutan bot laju pergi dan balik dari Jeti Mersing.

Baca : Tempat Menarik di Johor

Hotel Aseania Beach Resort Mersing

 

Pakej Harga Aseania Beach Resort Di Pulau Besar Mersing

 

Perjalanan dari Jeti Mersing ke Pulau Besar hanya mengambil masa sekitar 30 minit dengan menggunakan bot laju. Jarak antara Jeti dengan resort hanya beberapa meter dan khidmat porter disediakan untuk kemudahan semua tetamu resort.

Aseania Beach Resort ini mempunyai kemudahan 47 bilik resort dengan pilihan yang pelbagai. Selain itu, kemudahan lain termasuk lounge, Restoran Kayu Manis, kolam mandi, ruang aktiviti beach volleyball, khidmat snorkeling, jungle trekking dan juga khidmat island hopping.

Harga yang anda bayar, sebagai contoh pakej promosi Aseania Beach RM588 tersebut adalah termasuk untuk makan minum dan juga penginapan untuk 3 hari 2 malam di sini. Tidak perlu risau, makanan di Aseania Beach Resort memang sedap dan punyai pilihan makanan barat dan masakan Malaysia.

 

 

Ruang bilik memang selesa dan agak luas. Samada anda menginap berdua atau memilih untuk menginap lebih dari 2 orang, anda pasti akan selesa di sini. Setaip bilik lengkap dengan kemudahan beranda, aircond, TV, bilik air, tilam yang empuk dan anda boleh guna servis WiFi PERCUMA di lobby resort.

Untuk anda yang mahukan aktiviti ringan, boleh ke lobby resort untuk bermain ‘pool’ atau membaca diruang bacaan yang disediakan sambil menikmati angin laut yang nyaman.

 

 

 

 

Ruang pantai di depan resort memang luas. Ia memang masih lagi jernih dan dipenuhi dengan ikan-ikan yang berenang-renang serta coral yang masih terpelihara. Jika anda seorang yang sukakan keindahan dasar laut, pilihan bercuti di Aseania Beach Resort Pulau Besar ini mungkin satu pilihan yang bijak.

Untuk pilihan pakej harga bilik semasa di Aseania Beach Resort Pulau Besar, boleh layari laman web rasmi mereka di sini ASEANIA BEACH RESORT

Teruja dengan Pulau Besar Mersing, InsyaAllah satu hari nanti nak ke sana sekali lagi untuk bawa keluarga bercuti sambil menikmati keindahan laut dan pantai di Kepulauan Mersing.

Exit mobile version