Site icon Travel Blogger Malaysia

Aksi Hebat Petinju Muay Thai Malaysia Asia Fighting Championship 2017 Singapore

Ada banyak Aksi Hebat Petinju Muay Thai Malaysia Asia Fighting Championship 2017 Singapore yang telah berlangsung di Marina Bay Sands. MrJocko sendiri, sangat teruja ketika menyaksikan pertarungan hebat 26 peserta dalam perlawanan Martial Arts Muay Thai ini.

Asia Fighting Championship 2017 benar-benar membuka lembaran baru dalam dunia sukan lasak, seni bela diri yang berasal dari Thai dengan konsep perlawanan moden yang segar.

Asia Fighting Championship 2017 Singapore

Aksi Hebat Petinju Muay Thai Malaysia Asia Fighting Championship 2017 Singapore

 

Mencuri tumpuan MrJocko dan media dari Malaysia apabila menyaksikan petinju Muay Thai dari Malaysia yang terdiri dari Kapten Malaysia, Muhammad Ali Yaakub, Mohd Amirul Ariffin dan juga Saifullah Ismail. Masing-masing berhadapan dengan lawan hebat dari negara luar dan merupakan petinju Muay Thai professional.

Saifullah (Pon) yang memulakan saingan bagi Malaysia menentang petinju Muay Thai dari Malaysia, Wynn Neo. Aksi Round 1 agak merisaukan kerana Saifullah diasak teruk. Namun bila masuk ke Round 2 dan Round 3, rentak markah berpihak kepada Saifullah. 

 

 

 

Walaupun masih muda dan menentang petinju yang mendapat sokongan penonton, Saifullah nampak tenang dan berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan markah berpihak kepada beliau. Terbaik, nampaknya Malaysia punyai potensi pesaing sukan Muay Thai yang hebat. 

Selang beberapa perlawanan, Mohd Amirul (Ban Mero) mengambil tempat. Beliau yang berkhidmat sebagai anggota Polis melawan petinju dari negara Korea Selatan, Seung-Bum Woo. 

Perlawanan agak sama dengan rentak Saifullah, tetapi Amirul lebih tenang. Mungkin sebab lebih berpengalaman dan punyai taktik yang lebih senior berbanding Saifullah. Perlawanan berlangsung selama sehingga Round 3 dan beliau juga menang dengan keputusan Pengadil.

 

 

Aksi yang utama, paling ditunggu antara petinju Malaysia, Muhammad Ali Yaakub yang merupakan Kapten Pasukan Malaysia menentang petinju Muay Thai dari Filipina, Ralf Sarol Francisco. Ali yang baru sahaja menang Pingat Emas dalam kejohana Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur, kini menentang antara lawan hebat di Singapura.

Ali nampak lebih tenang, dengan Round 1 lebih kepada mencari rentak lawan. Round 2, dengan kudrat dan peluang yang ada nampaknya beliau menyerang peha lawan dan kemudian disudahi dengan pukulan siku Muay Thai yang memecahkan dahi dan kening lawan dalam masa tidak lebih dari 2 minit.

Akibat kecederaan yang serius dan pecah di dahi, Ali diisytiharkan menang TKO ke atas petinju Filipina. Malam tersebut, ia adalah aksi terbaik dari 13 perlawanan yang ada.

Tahniah kepada pasukan Malaysia. Satu persembahan terbaik dari wakil Muay Thai Malaysia iaitu Muhammad Ali Yaakub, Mohd Amirul Ariffin dan juga Saifullah Ismail.

Ada banyak gambar-gambar menarik dan info di laman Facebook Rasmi Asia Fighting Championship https://www.facebook.com/asiafightingchampionship/ dan juga laman web AFC2017 http://asiafightingchampionship.com

 

 

Puas hati menonton perlawanan Muay Thai cara AFC2017. InsyaAllah kalau korang juga peminat Muay Thai Malaysia, boleh tunggu perlawanan AFC2017 Kuala Lumpur pada bulan Februari 2018 nanti.

Baca juga http://www.mrjocko.com/2017/09/teaser-asia-fighting-championship-2017.html

Exit mobile version