Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Astro Celebrates Merdeka #UrMalaysianIsShowing Dan #GoBeyond

Ini Sponsored Post 48 Jam
Sempena dengan sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke-56, Astro turut sama meraikan kedatangan bulan kemerdekaan ini dengan menganjurkan kempem #UrMalaysianIsShowing dan #GoBeyond di MidValley Megamall bersama lebih 300 jemputan, bloggers dan rakan media.
MrJocko sudah berkongsi sedikit ‘Teaser’ tentang Kempem Your Malaysian Is Showing atau dengan hashtag #UrMalaysiaIsShowing #GoBeyond dengan tajuk Meriah Blogger di Astro Celebrates Merdeka 2013.
Majlis bermula sekitar jam 10.00 pagi lagi dan berterusan sehingga jam 5.00 petang. Bermula dengan perasmian kempem Astro #UrMalaysianIsShowing #GoBeyond dengan meriahnya berserta persembahan nyanyian. Kempen diteruskan kemeriahannya dengan Contest untuk Bloggers dan juga rakan media. Kami digerakkan dalam satu kumpulan yang mempunyai 4 peserta dan diperlukan untuk menyiap assignments dan tasks yang kesemuanya  mempunyai nilai-nilai kemerdekaan.
Antara assignment dan task kami termasuk, menyanyikan lagu Negaraku, membaca Rukun Negara, menyampaikan semangat Patriotik kepada orang awam dan banyak lagi. Hampir kesemua task yang diberikan membolehkan kami berinteraksi dengan orang awam dan menyampaikan mesej Merdeka kepada mereka yang berada di sekitar MidValley Megamall.
Kredit Picture : RedMummy
Kredit Picture : Tian Chad @ Sky Arts

Oh ya,,, tak lupa pada hari kempen tersebut, ramai selebriti terkenal tanah air turut sama seperti Lisa Surihani, Dato Aznil Hj Nawawi dan beberapa kumpulan artist lain yang bersemangat untuk luahkan sambutan kemerdekaan mereka bersama Astro.
Sempena bulan kemerdekaan ini Astro akan menayangkan banyak program-program hebat dan menarik di saluran Astro untuk pelanggan-pelanggan setia mereka. Anda pasti akan gembira di bulan Merdeka dan raikan kemerdekaan dengan program menarik di Astro Beyond.
Oleh kerana mungki kali ini bukan rezeki kami, kami tak berjaya menang satu hadiah pun :(. Apa pun, ia tetap sesuatu yang berharga dan pengalaman terbaik Merdeka kami dengan berkongsi sambutan yang meriah ini bersama Astro #UrMalaysianIsShowing dan #GoBeyond.
Jangan lupa singgah di Facebook Go Beyond Apps dan kongsikan status anda di wall facebook anda sebagai tanda sokongan. Contoh yang anda boleh buat, seperti yang MrJocko update ini 🙂
Bagi yang minat untuk dapatkan edisi terhad dan limited T-Shirt printed dari Astro #UrMalaysianIsShowing boleh cuba tempah di sini Malaysian In You. Harga cuma RM25 sahaja dan memang ia akan dihantar sampai ke pintu rumah anda :).

Jangan lupa untuk saksikan Video Clips Excuse Me Sir, Your Malaysian Is Showing di YouTube link : http://www.youtube.com/watch?v=35mJ8B2_ejQ
Kepada pemenang utama, member MrJocko seperti Sohoque dan Fazrol, TAHNIAH Bros… korang memang terbaik. Jangan lupa belanja yer.
Congrats juga buat Astro, Nuffnang dan Churp Churp kerana menganjurkan event seperti ini. Ia nampak kecil tetapi ia sangat memberikan impak pada orang awam di MidValley pada hari Sabtu lepas kerana, ramai yang tegur kata ‘ TShirt Cantik, boleh mintak satu?’, “Eh! korang sambut merdeka dengan Astro ke?” dan seorang PakCik tu menjerit “Merdeka! Merdeka! Merdeka! semasa MrJocko sedang siapkan tasks di sebelahnya”
Congrats all, MrJocko kempem #UrMalaysianIsShowing dan #GoBeyond sememangnya sangat-sangat BERJAYA.
p/s : Saya anak yang lahir selepas Merdeka,,, saya harus kekalkan kemerdekaan ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.