Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Astro On-The-Go Party Rawk!!! MrJocko

MrJocko pernah tulis entry TEASER untuk jemputan ke Party Astro On-The-Go di Jalan Ampang bulan lepas. Dan kalau nak tahu, kat sini lah tempatnya. Walaupun namanya The Pool, ini bukanlah kolam renang atau kolam mandi, ia adalah nama semata-mata.

MrJocko sampai awal jugak la kat sana, dalam sekitar jam 6.00 petang. Oleh kerana masih awal, apalagi, MrJocko pun berlagak Celebrity la, pose sana, pose sini, ambik shoot depan pintu, depan main entrance dan paling best, bergambar dengan famous blogger Eyriqazz kat dalam kotak Astro On-The-Go ini…

Tak cukup lagi, ambik lagi, pose sampai panjat dinding dan lompat sana sini. Happy la katakan, selalu ceria. Masa ni dah tak ingat orang lain dah,,, janji MrJocko happy… hahaha

Jemput masukkk…

Okay, masa untuk registration pun bermula, dan MrJocko jadi macam penyambut tetamu pulak, overtake kerja Anne dan Andrew dari Nuffnang. Hahahaha,,, sebenarnya bukan gila kuasa tapi pasal kesian tengok kerja diorang… buleh kan Anne dan Andrew???
Hahhhh,,, sekali tengok, bila dah datang event Nuffnang dan Astro ni,,, memang berbaloi-baloi. Banyak dapat Door Gifts, ada payung, speaker, Pen dan macam-macam lagi… sangat la berbaloi, rugi pada yang tak datang,,, Tengok la MrJocko, sampai tak cukup tangan kaki nak pegang Door Gifts.

Eh! Sessi bergambar belum habis, kali ni MrJocko jadi model Official Photographer dari pihak penganjur lak, Kena pose sungguh-sungguh, mana tahu masuk paper atau Astro. Hahaha sangat gila glamer betul aku ni.

Yang ni paling mahal, dapat bergambar dengan Kak Red, sama-sama sokong Germany. Caya la Kak Red. Masa aku tengok mula-mula serius aku tak cam. Memang make up tak nampak rupa Kak Red. Pun gitu, Kak Red tetap sporting dan anggun… Kena puji lebih ni, mana tau dapat slot entry satu kat page blog RedMummy.com

Trademark MrJocko takkan complete kalau takder lompat. Hahaha,,, sangat berani MrJocko lompat di papan tersebut sambil memegang 2 gelas air. Kalau jatuh kolam, baru padan muka. Tapi, MrJocko kan Pro,,, setakat lompat camtu, senang jerrrr….

Sementara tunggu event bermula, MrJocko test bermain Fussball kat The Pool. Lawan sorang brader ni, dan dia memang hebat. Tetapi, walau camana dia hebat pun, MrJocko lagi hebat, sempat la score gol banyak-banyak kalahkan dia,,, hik hik hik,,,

Ini dia pengacara pada malam tu, Adam C. Saper yang tak kenal dia??? Rasanya ramai yang kenal since dia juga selalu keluar kat Astro Supersport dan rancangan lain. Memang famous dan friendly mamat ni. Memang  kena la kalau dia jadi Pengacara. Tapi, dia sokong Spain,,, aku sokong Germany,,, booo Spain,,, hahaha

Kemudian kami di beri penerangan lebih lanjut pasal Astro On-The-Go. Apa itu Astro On-The-Go dan kelebihan yang korang sebagai pengguna dapat nikmati jika ada Astro On-The-Go ini. Memang mobile, senang di bawa kemana sahaja menggunakan aplikasi Apple dan Android. 
Aku rasa penerangan dari orang kuat Astro, Kevin dan Joe memang memberi banyak info pasal aplikasi On-The-Go ini. Mereka pakar dalam bidang masing-masing.

Ini lagi best, flash mob pertama menggunakan iPad. Yes,,, memang aku teruja, ini kali pertama aku lihat orang buat Falsh Mob menggunakan iPad, tahniah geng-geng dari Astro. Ia buatkan aku terpukau. Camana diorang buat??? Hebatttt…. Gambar-gambar dari iPad di cantum dan menjadi gambar yang besar… fuyyooo!!!

Kemuncak event malam tu, ada permainan yang dianjurkan oleh pihak penaja. beberapa team di perlukan untuk bertanding. MrJocko apa lagi, bertag-team dengan Eyriqazz, Jejai, Fazrol dan Broframestone. Masa tu kami memilih untuk mewakili pasukan GERMANY.

Antara game yang dipertandingkan, Pictures Pose, Timbang Bola, Fussball, Cheer Shout dan juga Mencari Bendera. Kami POSE gambar secara kumpulan, dan beraksi Hakka untuk Cheer Shout!. Untuk timbang bola, Eyriqazz berjaya buat dan Bro Jejai dan Fazrol membelasah pasukan lawan 4 gol dalam perlawanan Fussball. MrJocko buat apa??? Hehehe,,, aku kan Kapten,,, rileks jer la,,, hahaha

Satu lagi event yang di tunggu adalah Best Dress. 4 orang di pilih sebagai finalis Best Dress malam ini dan pemenangnya ialah,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, jeng jeng jeng RedMummy.
Dengan aksi diva tak hingat dunia, lagak ngeri Kak Red berjaya mengalahkan peserta lain. Dan rezeki Red Mummy malam tu, dapat la hadiah On-The-Spot brand new iPad,,, Wooooooow!!! Berapa banyak Kak Red nak pakai iPad daaaa,,, bagi MrJocko la satu, ngeh ngeh ngeh,,,

Tapi, MrJocko pun bukan pulang dengan tangan KOSONG, Kumpulan kami, Germany berjaya menewaskan team lain dengan markah yang tinggi dan membuatkan kami JUARA Kumpulan pada malam tersebut. Kami, MrJocko, Eyriqazz, Jejai, Fazrol dan BroFrameStone adalah JUARA sebenar pada malam tersebut… Yeayyy!!! Kami puasss,,, berjaya bawa pulang Vouchers RM500…
Jadi, sesiapa yang belum berkesempatan untuk mencuba aplikasi Astro On-The-Go, apa kata korang SEKARANG. Segera ke App Store untuk produk Apple dan Market untuk produk Android. Cari aplikasi Astro On The Go, download dalam smartphones korang. Tak kisah la samada korang pakai iPad, iPhone dan iPod untuk Apple. Kalau korang pakai Android, cuba download dalam Galaxy Tab, Note, S2 dan S3 serta smartphones HTC korang. Mudah sahaja.
Untuk pengguna Personal Computer Desktop, Laptop dan Netbook, korang cuma perlu layari link yang ada di Astro atau klik di SINI Astro On-The-Go Login
Cuba aplikasi Astro On The Go sekarang sehingga tempoh promosi TRIAL PERCUMA sehingga 31 August 2012. Alami kehebatan Astro di mana sahaja anda berada dan nikmati hiburan tanpa sempadan bersama Astro On The Go.
Untuk layari Astro On-The-Go mudah sangat-sangat. Anda cuma perlu ada no akaun Astro dan Register dulu di laman web ASTRO atau klik sini http://www.astro.com.my/onthego Kat sini boleh tengok info lengkap berkenaan Astro On-The-Go.
Selepas register akaun Astro di SINI selesai, korang boleh mula Login dalam aplikasi Astro On-The-Go korang di iPad, iPhone, iPod (menggunakan wifi) dan juga peranti Android korang.
Selepas berjaya login ke aplikasi Astro On-The-Go, korang akan di bawa ke laman utama dan boleh memilih pilihan program yang korang minat. Setakat ini ada banyak program pilihan dalam Astro On-The-Go seperti Oh My English!, Sports seperti Euro Highlights, kartun Phineas and Ferb dan filem Damping Malam.
Pilih sahaja mana yang anda nak lihat, anda akan dapat saksikan rancangan pilihan saluran Astro anda di mana sahaja anda berada. Bagus kan…?
Pastikan dulu korang ada 3G atau Wifi, dan layan la Astro On-The-Go walau di mana korang berada. Macam MrJocko, sempat la layan cerita seram Damping Malam menggunakan iPad sementara tunggu klien dan layan Oh My English ! sambil gelak-gelak tengok karenah pelajar-pelajar Cikgu Hajar.

Apa lagi, jom install aplikasi Astro On-The-Go sekarang secara percuma dan layari program menarik di Astro On The Go secara PERCUMA sehingga 31 August 2012.

Oh ya,,, pada yang nak iPad Baru secara percuma,,, apa kata join Peraduan dari Astro ini. Sila rujuk di laman web Astro atau klik saja di sini http://www.astroonthego.com/contest.

MrJocko.com

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.