Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Astro Tutor TV Rai Pelajar SPM

Bersempena dengan keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2013 yang diumumkan pada 20 Mac 2014, Astro Tutor TV telah mengadakan kempen khas di beberapa buah sekolah di sekitar ibu kota sebagai satu tanda penghargaan buat barisan calon yang menduduki peperiksaan tersebut.
Kempen Astro Tutor TV ini diadakan bagi menghargai usaha keras pelajar yang merupakan calon-calon SPM dalam memerah segala keringat bagi mendapatkan keputusan yang terbaik di samping meraikan keputusan yang mereka perolehi.
Pihak penerbitan Astro Tutor TV SPM telah berada di beberapa buah sekolah ini bagi menemu ramah para pelajar, guru dan ibu bapa akan keberkesanan menggunakan Astro Tutor TV SPM saluran 603 sebagai medium bagi mengulang kaji dan seterusnya menghadapi peperiksaan SPM.
Sekolah-sekolah yang terbabit dalam menjayakan kempen ini adalah SMK Taman Seraya, Ampang, SMK Sri Serdang, Sri Kembangan dan juga SMK Kota Kemuning, Shah Alam. Selain itu, penyampai radio Hitz.fm, Ean dan Jinnyboy turut membuat penampilan istimewa mereka di SMK Kota Kemuning untuk memeriahkan suasana bagi meredakan debaran yang dirasai di samping memberikan sokongan serta meraikan para pelajar di sekolah tersebut.
“Kami di Astro Tutor TV sentiasa komited dalam menyampaikan kandungan ilmiah terbaik berdasarkan sukatan pembelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan menjadi pelengkap bagi pembelajaran di bilik darjah dengan menggunakan pendekatan secara menyeluruh meliputi saluran-saluran ulangkaji bagi sekolah rendah dan menengah.
Ini merangkumi lima saluran televisyen yang dilengkapi dengan butang merah interaktif, pembelajaran atas talian, penganjuran variasi aktiviti sama ada di sekolah atau kawasan awam, produk-produk penerbitan dan media sosial”, kata Vickie Lai, Ketua Bahagian Pendidikan Astro.
Katanya lagi, Kempen Keputusan SPM 2013 ini adalah bagi para pelajar untuk meraikan keputusan cemerlang mereka dalam peperiksaan SPM setelah memerah keringat dan masa untuk mengulang kaji demi mendapatkan keputusan yang terbaik.
Astro Tutor TV SPM ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelajar, ibu bapa dan guru yang telah memilih saluran ini untuk menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran pelajar. Rasai pengalaman pembelajaran interaktif terhebat yang berkesan, menghiburkan dan padat dengan ilmu pengetahuan hanya di Astro Tutor TV.
 

Glamorous MrJocko 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.