Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Asyraf Haziq Rosli Dulu Biasa Sekarang Celebrity

Hampir seminggu lalu, Asyraf Haziq Rosli, cuma seorang yang biasa. Seorang pelajar perakaunan biasa yang menyambung pengajian di London seperti kebanyakkan pelajar-pelajar lain.

 

Tetapi malang menimpa beliau, sewaktu berbasikal untuk berbuka dirumah rakannya, beliau di ganggu, diserang dan disamun oleh remaja-remaja yang terlibat dengan rusuhan di negara Britain itu. Akibat terjatuh dari kejadian itu, beliau dan mengalami patah gigi dan mengalami keretakan rahang pipi dihantar ke Hospital Royal London untuk dibedah.

 

Kejadian berkenaan dirakam oleh orang awam dan video klip rakaman itu muncul dalam YouTube yang kemudian disiarkan oleh siaran berita Sky TV. Rakaman itu menunjukkan Asyraf terduduk selepas diserang dengan mulutnya berdarah. Tidak lama selepas itu, sekumpulan pemuda datang membantunya sambil beberapa daripada mereka membuka beg yang dibawanya dan mencuri dompet serta telefon bimbitnya.

 

Ramai yang mengutuk perbuatan tidak bertanggung-jawab itu dan ia menunjukkan kemungkinan itulah realiti sebenar ‘perangai’ remaja masyarakat di Britain.

 

 

 

Kini, Asyraf Haziq Rosli sudah selamat menjalani pembedahan membetulkan rahang beliau.

 

Kini, selepas seminggu, beliau seumpama selebriti. Masib malang beliau menjadi bualan seluruh dunia, Sky TV, Google, Yahoo malah video kejadian beliau yang di rakam itu sudah mencapai lebih 5,000,000 tontonan di YouTube.

 

Banyak pihak tampil memberikan sokongan moral dan sumbangan dari segi kewangan. Semoga Asyraf Haziq Rosli tabah dan teruskan hidup beliau dengan lebih cekal.

 

MrJocko.com

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.