Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Atlit Malaysia Ke Olimpik London Boleh Tangguh Puasa?

Ramai yang tahu kita, Malaysia turut sama sertai Sukan Olimpik yang bermula pada 28 Julai 2012 nanti di London. Kebetulan, masa tersebut bulan puasa dan kita sendiri punyai ramai atlit-atlit yang beragama Islam. Camana tu? Nak bertanding dalam bulan puasa? Boleh tangguh Puasa?

Menurut Mufti Perak, Harussani Zakaria, beliau berpendapat bahawa atlit yang beragama Islam boleh memilih untuk menangguhkan puasa sehingga selepas Olimpik, kerana mereka mewakili Malaysia. Tetapi perlu diingat bahawa setiap Puasa yang ditinggalkan tetap perlu diganti.

Pandangan beliau turut dikongsi oleh bekas Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin, alasannya adalah bahawa atlet akan bermusafir (pelancong jarak jauh). “Menurut syariah, mereka adalah pelancong jarak jauh dan dikecualikan daripada berpuasa,” kata Mohd Asri.

Kalau mengikut kebiasaan untuk tempoh perjalanan memang selalunya dibolehkan dan kelonggaran untuk tidak puasa jika perjalanan jauh. Tetapi bila sudah berada lama di negara tersebut, melebihi beberapa hari, bukankah mereka wajib puasa?

Boleh Tangguh Puasa

Boleh Tangguh Puasa?

Tetapi, dalam banyak-banyak pandangan yang dilontarkan tentang isu ini, ada pandangan lain yang memberikan pendapat, Sukan Olimpik adalah bukan perkara yang penting, ianya hanya sampingan, maka atlit perlu wajib berpuasa.

Apa pula pandangan korang yang bijak pandai atau ada pandangan tentang perkara ini dari Ulamak-ulamak lain. Boleh share untuk makluman bersama? Mungkin ada beberapa fakta dan ilmu yang dapat kita kongsi bersama.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.