Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Austin Heights Golf & Hotel Resort Teaser 4 Golf Course

Austin Heights Golf & Hotel Resort Teaser 4 Golf Course

Austin Heights Golf & Hotel Resort terletak hanya 15 kilometer dari tambak Johor Bahru dan kurang daripada 30 minit dari Singapura melalui link EDL. Ia mudah akses dan berada di dalam kawasan bandar baharu Austin Heights di Johor.

Resort ini mempunyai kemudahan 18-lubang padang golf bertaraft kejohanan dan punyai ‘Club House’ bertaraf dunia dengan kemudahan keselesaan dan keanggunan.

Austin Heights Country

austin-heights-country-resort

Austin Heights Golf & Hotel Resort di sini mempunyai spesifikasi level kesusahan 72 Par dengan standard 18 lubang. Padang Golf ini telah dibuka pada tahun 1995 dan direka oleh Peter Dalkeith Scott. Padang Golf ini penuh dengan pelbagai ‘cabaran’ untuk pemain golf. Dengan cabaran ini, ia memaksa pemain golf untuk berfikir tentang setiap pukulan yang akan mereka lakukan.

Kotak Tee-Off di sini menyediakan pemandangan yang indah setiap lubang. Dengan fairway yang beralun dan cabara bahaya air, pemain golf pasti akan teruja dengan padang golf yang mencabar ini.

Untuk Pakej Walk-in bermain Golf di Austin Heights Golf & Hotel Resort ini ialah RM70 untuk satu permainan termasuk kemudahan bilik persalinan dan kemudahan lain.

Untuk pakej bermain Golf yang menarik, anda boleh semak tawaran dan promosi semasa. Yang menarik ketika ini ialah pakej Stay & Golf 2 Days 1 Nights di Austin Heights Golf  Resort dengan tawaran promosi RM220 per pax yang mana termasuk 1 malam penginapan di hotel, sarapan untuk 2 paxs, penggunaan kolam mandi, penggunaan jakuzi dan sauna, 2 paxs Golf Course untuk 18 lubang serta complimentary makan tengahari untuk 2 orang.

Package_Golf_Austin_Heights_Johor

Maklumat lanjut, hubungi Austin Heights Golf & Hotel Resort.

Golf Course di Austin Heights Golf & Hotel Resort

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.