Austin Heights Golf & Hotel Resort Teaser 5 Driving Range
|Austin Heights Golf & Hotel Resort Driving Range
Khas buat peminat Golf sekitar Johor Bahru, selain dari turun ke padang untuk bermain dengan 18 Lubang, anda boleh practice atau melakukan ‘aktiviti panaskan badan’ di lokasi Austin Heights Golf Driving Range bersebelahan dengan Club House. Hanya beberapa meter, ini peluang untuk peminat golf melakukan swing untuk memperkemaskan lagi skill golf mereka.
Untuk pakej Driving Range di Austin Heights Golf Resort ini, anda hanya perlu membayar sekitar RM10 untuk 100 biji bola.
Di driving range yang disediakan, tepi sudut Club House ini mempunyai sekitar 10 ruang untuk anda melakukan tee-off. Dengan sudut yang agak menarik di samping padang driving range yang agak jauh hingga mencapai 250 meter ke hadapan. Ia padang driving range yang memang sesuai untuk beginner hingga ke tahap semi-pro.
MrJocko sendiri mencuba melakukan beberapa pukulan bola golf menggunakan Iron 1 dan juga Club P untuk mencuba rasa bermain di padang golf Austin Heights Country Resort di Johor Bahru ini, Ternyata, di sini juga punyai tarikan tersendiri.
Untuk anda yang baru berjinak dengan sukan Golf sekitar Johor Bahru dan Austin Heights, boleh cuba untuk ke lokasi driving range ini. Ia terbuka kepada pemain dan juga orang awam dengan kos sewa bola golf dan keadaan padang yang amat berbaloi.
Apa lagi, jom cuba Driving Range di Austin Heights Country Johor Bahru.
Austin Heights Golf & Hotel Resort Driving Range