Site icon Travel Blogger Malaysia

Austin Heights Golf & Hotel Resort Teaser 1

Austin Heights Golf & Hotel Resort Teaser 1

Austin Golf Heights Golf & Hotel Resort terletak hanya 15 kilometer dari pusat bandar Johor Bahru dan juga lokasi terkenal Tambak Johor. Ia hanya memerlukan masa perjalana kurang daripada 30 minit dari Singapura melalui link EDL.

Resort yang dikelilingi kehijauan padang golf ini menawarkan pemandangan dan keindahan padang golf 18-lubang dan rumah kelab bertaraf dunia dengan penuh kemegahan, keselesaan dan keanggunan.

 

 

Austin Heights Golf & Hotel Resort JB

Lokasi Hotel Strategik

Hotel ini sangat strategik dengan lokasi di tanah yang agak tinggi berada di puncak bukit, berhampiran dengan ‘Club House’ yang menawarkan pemandangan panorama indah di Austin Heights Township.

Hingga kini, ia merupakan salah satu mercu tanda yang diiktiraf di bandar ini. Dengan mempunyai 65 bilik suite yang yang luas, serta direka indah bersama-sama dengan lorong boling 8 lorong, kolam renang bentuk bebas, panggung wayang, bilik air jakuzi dan pelbagai kemudahan lain.

Semua kemudahan bertaraf dunia di dalam Club House ada di bawah satu bumbung, ia adalah gerbang sempurna samada untuk perniagaan dan percutian. Anda boleh yakin menginap dengan penuh keseronokan dan selesa bersama keluarga dan rakan-rakan anda.

Austin Heights Golf & Hotel Resort Teaser 1

 

Exit mobile version