Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Filem The Avengers 2 Age Of Ultron Bersama Antabax

Review filem The Avengers 2 Age of Ultron dah banyak dikongsi di laman blog rakan-rakan blogger. First day masa dengar feedback dari rakan-rakan yang telah menonton tayangan ini pada tayangan perdana utama The Avengers 2 pada 22 April 2015 memang mengujakan. Tak sabar nak tengok filem kedua Avengers ini setelah ramai yang memuji dan menobatkan ini filem aksi superheroes yang terbaik.

MrJocko diberi peluang untuk menonton filem The Avengers 2 Age of Ultron ini bersama-sama dengan Antabax bertempat di TGV One Utama. Untuk tayangan pada kali ini Antabax sebagai jenama perlindungan penjagaan diri menjemput rakan media untuk sama-sama menyaksikan kehebatan filem The Avengers 2.

The Avengers 2 Age of Ultron

The Avengers 2 Age of Ultron

Sedikit review berkenaan filem The Avengers 2 Age of Ultron ini rasanya MrJocko nak share sedikit tentang apa yang ditonton semalam. Sememangnya filem ini pun bermula dengan aksi, tiada pengenalan, terus aksi pasukan Avengers yan terdiri dari Captain America, Iron Man, Hulk, Hawkeye dan Black Widow menyerang Makmal rahsia Hydra di Sokovia.

Serangan mereka menampakkan kejayaan sehinggala serangan mereka berjaya dipatahkan oleh 2 orang misteri yang dikenali sebagai Quicksilver dan Scarlet Witch. Dua watak ini asalnya menjadi manusia kajian pihak Hydra dan indentiti mereka agak misteri.

The Avengers 2 Age of Ultron

The Avengers 2 Age of Ultron

The Avengers 2 Age of Ultron

Walaupun berjaya mengalahkan kubu dan makmal Hydra serta berjaya membawa pulang Cokmar ajaib Loki, tetapi kumpulan Avengers mengalami masalah baru apabila ULTRON, satu program hasil dari Tony Stark yang mula merosakkan sistem JARVIS dan seakan ‘hidup’.

ULTRON pada mulanya bertujuan untuk melindungi bumi tetapi kemudian ia semakin tidak terkawal dan cuba memusnahkan Avengers. Paling kritikal apabila Quicksilver dan Scarlet Witch seakan berpihak kepada ULTRON.

Untuk cerita penuh tentang The Avengers Age of Ultron korang mesti tonton sendiri. Paling best bila layan filem seperti ini di pawagam. Sudah pasti bagi peminat filem Marvel atau Superheroes, anda mesti tonton untuk kepuasan menonton filem aksi superheroes sebenar.

Terima kasih sekali lagi buat Antabax dan juga About Dot Com atas jemputan ke tayangan filem The Avengers 2 Age Of Ultron.

Avengers 2 Age Of Ultron

The Avengers 2 Age of Ultron

 

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.