Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Awana Genting – Hotels & Resorts

Khalish & Hasya seronok sgt duk main kat bilik hotel…
Waktu senja dr bilik hotel
Julung2 kali aku buat entry utk Awana Genting. Yer la, skang musim diorang tgh buat Contest. hadiah tak der la mahal mana, tp kalau dpt yg 3 hari 2 malam ke Awana Kijal tu, best la jugakkan? Saper nak kasi free.
Aku dah lama ke Awana Genting ni. Dr tahun 2000 lagi. Awana salah satu panel resort ofis kitaorang. So, senang la nak pegi. Kalau Awana Genting ni, dekat jer ngan KL, tak sampai 45 minit drive dah bleh sampai ke sana. Parking senang, tempat makan pun OK.
Utk penginapan, selalu aku ambik bilik Family yg ader 2 bilik. Paling best, bilik ader jakuzzi. Wah, korang bayangkan kalau tgh berendam dlm air panas sambil jakuzzi. Syiokkk… Sesuai sangat utk honeymoon. Hehehe…
Utk guest cam aku ni, byk benda bleh main. Nak main Golf, memang sesuai. Padang Golf dia memang mencabar. Di kelilingi daun dan pokok hijau di tambah dgn udara yg sejuk membuatkan game utk 18 lubang memang tak memenatkan. Dr golf boleh singgah ke courts Squash atau bermain Ping Pong. Tak lupa juga aktiviti memanah juga ada di sediakan. Untuk kanak2 ader di sediakan Kolam Mandi yg sangat menarik.
Di waktu malam, pengunjung boleh menikmati minuman dan huburan di Lobby Lounge serta Cafe berdekatan. Bagi yg ingin ke Genting puncak, boleh mendapatkan khidmat shuttle bus secara percuma ke Awana Cable Car dr pagi hingga ke lewat malam.
Ermmm,,, aper tunggu lagi,,, sesuai sangat utk percutian family sekeluarga… kan??? Jadi kenapa tunggu?
3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.