Food Review Restoran Ayam Penyet AP Mydin USJ Sedap Dan Berbaloi
Ketika MrJocko singgah untuk hadiri majlis pelancaran produk terbaru TOP Detergen di Mydin USJ, kami dibawa untuk makan tengahari di Restoran Ayam Penyet AP. Baru MrJocko tahu Ayam Penyet AP Mydin USJ Sedap Dan Berbaloi.
Rasanya ini pertama kali MrJocko singgah untuk makan tengahari di sini, restoran Ayam Penyet AP Mydin USJ. Menu hari tu kami dihidangkan dengan lauk Ayam Penyet dan juga Udang Penyet. Dua-dua menu ini memang sedap.
Restoran Ayam Penyet AP Mydin USJ

Baca blog http://www.mrjocko.com/tag/makan
Rasa Ayam Penyet AP Mydin USJ ini dengan rempah khas memang menyelerakan. Bau sahaja dah memujau citarasa sesiapa sahaja. Mungkin bahan yang dibuat kat sini segar. Sebagai contoh, Daging Ayam ini di goreng Masak dan agak rangup, kena dengan rasa dan pilihan MrJocko.
Kalau korang lihat pula Lauk Udang Penyet juga sedap. Jenis Udang saiz sederhana besar dan punyai rasa yang enak dengan cara Masak ala Indonesia yang asli. Kata member sebelah, dia pun pertama kali makan nasi ayam penyet dan udang penyet, terus rasa jatuh cinta.
Dua-dua menu ni MrJocko cuba. Memang rasa sedap dah memuaskan. Boleh kata dua-dua menu Ayam Penyet dan Udang Penyet ini memang berbaloi untuk korang cuba. Samada korang suka ayam, dagingm udang, ikan keli ataupun menu lain, menu ayam penyet antara menu yang wajib korang cuba kalau ke sini.
Lokasi gerai pun agak selesa di dalam Mydin USJ, Subang Jaya. Mudah sahaja nak cari lokasi restoran ayam penyet ini.
Jadi jika anda nak cuba menu Ayam Penyet AP di Mydin USJ, anda boleh cuba dua menu ini. Sedap. Nak tahu menu apa lagi yang best, baca sini http://www.ayampenyet-ap.com
Facebook : www.facebook.com/GlamorousMrJocko
Twitter : @MrJocko
Instagram : @MrJocko
Related Posts
-
Petua Tips Mudah Hilangkan Gatal Gigitan NyamukNo Comments | Feb 17, 2014
-
Last Minute Booking Aplikasi Travel Anda
No Comments | Mar 25, 2016 -
Jeti Melaka River Cruise Di Taman Rempah Melaka1 Comment | Sep 10, 2014
-
Hotel Review Malawati Ria Hotel Kuala Selangor Cuti Cuti MalaysiaNo Comments | Feb 8, 2022
About The Author
MrJocko
I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.