• Mon. Sep 25th, 2023

Baan Itsara Hua Hin Restaurant Lunch Seafood Terbaik

baan-itsara-restaurant-hua-hin-01

Semasa di Hua Hin, kami berkesempatan untuk makan tengahari dan buat sedikit Food Review Baan Itsara Hua Hin Restaurant Menu Seafood. Ia sebuah restoran yang paling terkenal di sini iaitu Baan Itsara Hua Hin, restoran makanan laut paling terkenal yang menyediakan menu makanan tengahari dan juga makan malam. Dalam banyak-banyak restoran seafood, Baan Itsara menjadi tumpuan ramai pelancong dan masyarakat tempatan untuk mencuba menu makanan yang sedap dan terbaik. Ia antara restoran eksklusif di Hua Hin, Thailand.

Baan Itsara Hua Hin Restaurant
Baan Itsara Hua Hin Restaurant

Baan Itsara Hua Hin Restaurant

Sebaiknya, kalau nak ke sini samada makan tengahari, apatah lagi untuk makan malam, baik anda membuat tempahan awal bagi mengelakkan dari anda menunggu meja kosong. Lihat saja ketika kami singgah makan di sana, waktu makan tengahari, ramai yang beratur untuk mendapatkan meja makan mereka.

  

 

Baan Itsara Hua Hin Restaurant

 

Baan Itsara Hua Hin Restaurant

Baan Itsara Hua Hin Restaurant Seafood

Ruang makan di restoran Baan Itsara Hua Hin ini memang besar. Kalau tidak silap, restoran ini boleh memuatkan hampir 300 pengunjung dalam satu masa dengan selesa. Samada anda boleh memilih ruang makan di sebelah tepi restoran, di dalam restoran atau di ruang belakang yang menghadap laut yang sangat tenang. 

 

Bangunan restoran ini sebenanrnya adalah bangunan kediaman lama yang kemudiannya diubahsuai menjadi restoran, tetapi ia masih mengekalkan banyak struktur asal bangunan lama ini. Ia menjadikan restoran Baan Itsara Hua Hin ini sangat unik dan berbeza dari restoran yang lain.

 

Untuk menu makanan di sini, mereka hanya menyediakan menu masakan makanan laut dan lebih menumpukan resipi kepada masakan Thailand. Kami seperti biasa, kalau di Thailand sudah pasti akan mencuba menu Siakap Masak Stim Limau, Udang Bakar, Ketam dan tidak lupa mesti cuba Pulut Mangga Thailand.

Baan-Itsara-Hua-Hin-Restaurant
Ikan Siakap Stim Limau Thailand

 

Baan Itsara Hua Hin Restaurant
Pulut Mangga Thailand

 

Baan-Itsara-Hua-Hin-Restaurant
Udang Bakar Berkeju Thailand

 

Baan Itsara Hua Hin Restaurant
Nasi Goreng Ketam Thailand

 

Baan-Itsara-Hua-Hin-Restaurant

 

Baan Itsara Hua Hin Restaurant

 

Baan Itsara Hua Hin Restaurant

 

Baan-Itsara-Hua-Hin-Restaurant

 

 

 

Yang pasti, rasa masakan kat sini memang sangat sedap, lebih-lebih lagi Nasi Goreng Ketam Special yang dimasak dan ditambah dengan isi udang. Pergh!!! Kalau dah ada Ketam dan juga Udang dalam nasi goreng, kena pulak digoreng dengan hampir kering, memang menjadi kegemaran MrJocko.

 

Restoran Baan Itsara Hua Hin ini memulakan operasinya seawal jam 11.00 pagi dan menutup operasinya untuk order terakhir pada jam 10.00 malam. Biasanya ramai lagi pelanggan akan duduk minum di sini sehingga lewat malam sebelum ia tutup sekitar jam 12.00 tengah malam.

Baan Itsara Hua Hin Restaurant 

Secara peribadi, melihat keadaan restoran Baan Itsara Hua Hin ini, MrJocko boleh simpulkan ini adalah sememangnya restoran yang paling hebat dan paling disukai oleh ramai pelanggan di Hua Hin. Walaupun waktu makan tengahari, ramai yang sanggup beratur panjang untuk makan di sini, begini juga pada waktu malam.

 

Antara resipi kejayaan mereka, katanya menu masakan yang special, pelbagai menu masakan makanan laut dari ikan, ketam, udang, lobster, kerang, mussel dan banyak lagi, harga yang berpatutan, servis yang cepat dan juga lokasi restoran yang memang terbaik menghadap angin bayu laut.

 

Jika anda ke Hua Hin, apa kata cuba pengalaman makan makanan laut yang sedap di sini, Restoran Baan Itsara Hua Hin di alamat :

 

Baan Itsara restaurant Hua-Hin
Address : 7 Nahb Kaehat Rd. Hua Hin PrachaubKirikhan 77110
Contact number 032-511673, 032-530574
E-mail : baanitsara_huahin@hotmail.com

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.