Site icon Travel Blogger Malaysia

Bad Lab Watsons Malaysia Anjur Pertandingan eSports The Bad Duel

Bad Lab Watsons Malaysia Anjur Pertandingan eSports The Bad Duel bertempat di Sunway Velocity Mall Cheras. Menyedari bahawa peningkatan ketara tentang sukan ‘eSports’ ini khususnya Gaming di Malaysia, mereka mengambil peluang untuk mencungkil bakat anak muda yang aktif dalam sukan ini supaya satu hari nanti mereka bakal menjadi pemain eSports terbaik di dunia.

Pertandingan eSports yang diberi nama The BAD Duel, memberi maksud signifikasi kerjasama di antara kedua-dua jenama besar ini antara Bad Lab dan juga Watsons Malaysia.

The Bad Duel, pertandingan ini bakal menyaksikan peserta-peserta yang dikenali ramai di arena gaming dari seluruh Asia untuk merebut hadiah wang tunai yang ditawarkan.

Bad Lab Watsons Malaysia Anjur Pertandingan eSports

bad-lab-watsons-malaysia-the-bad-duel-poster copy
 

Baca : MrJocko dan Cerita Tentang Sukan

Pertama kali berkerjasama dalam kolaborasi menganjurkan pertandingan eSports dan ia diharapkan dapat menghangatkan lagi pasaran eSports di Malaysia.

Pertandingan ini dibahagikan kepada dua fasa. Fasa Pertama, para peserta terlebih dahulu dikehendaki untuk mendaftar secara atas talian dan bermain permainan video yang telah pun dipilih oleh pihak penganjur. Mereka perlu melalui tapisan untuk melayakkan diri ke Pusingan Kedua.

Para peserta yang bermain dengan cemerlang, justeru layak ke pusingan kedua akan dijemput untuk menghadiri acara ‘on-ground’ yang bakal berlangsung di Sunway Velocity bagi pusingan Separuh Akhir dan Pertandingan Akhir The BAD Duel. Permainan yang telah dipilih untuk dimainkan oleh para peserta adalah ‘Fighting Game’ Tekken 7 dan ‘Strategy Game’ Dota 2; kedua-duanya dengan keunikan dan kesukaran tersendiri namun ia permainan yang amat popular di kalangan ‘gamers’.
 

Mr Lum dari BAD LAB
Mr Mohd Farouq

Menarik kali ini, pertandingan The BAD Duel akan disiarkan secara langsung di skrin besar lokasi pertandingan diiringi dengan komentar terkini daripada pengulas eSports berpengalaman.

Ini bukan sahaja untuk menarik perhatian lebih banyak pengunjung untuk melawat tapak pertandingan tetapi juga untuk menarik minat pemain-pemain baru, selain menggalakkan interaksi dan perbincangan tentang esukan di kalangan umum terutamanya golongan sasaran.

Baca : Review Produk Bad Lab Co

Bilangan penggiat dan peminat eSports di Asia Tenggara bakal meningkat dua kali ganda ke 19.8 juta tahun ini berbanding 9.5 juta pada tahun 2016 menjadikan rantau ini sebagai kawasan dengan peningkatan tertinggi bagi pasaran gaming. Di Asia-Pasifik sahaja terdapat audiens seramai lebih 98.9 juta dan kebanyakannya adalah dari Asia Tenggara. Di penghujung tahun 2019, boleh dikatakan bahawa jumlah audiens ini akan meningkat melebihi 31.9 juta

Statistik juga menunjukkan bahawa lebih 62 peratus dari keseluruhan jumlah audiens adalah dari lingkungan umur 16 ke 45 tahun.

Baca : Layari Laman Web Bad Lab eSports

“Kami amat berbangga kerana dapat berkolaborasi bersama Watsons untuk menganjurkan pertandingan The BAD Duel ini justeru menyediakan satu platform yang khas untuk pemain-pemain tempatan kita berinteraksi, belajar dan secara tidak langsung meningkatkan kemahiran mereka untuk bertanding di peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, penganjuran pertandingan ini juga begitu penting untuk mengukuhkan lagi wacana kami yang tidak berbelah bahagi untuk menyokong pembangunan positif industri esukan di Malaysia”.

Turut bersetuju dengan kenyataan Lum, Caryn Loh, Pengarah Pemasaran bagi jenama Watsons Malaysia berkata, “Kerjasama ini adalah amat penting serta bermakna bagi kami. Dengan penganjuran The BAD Duel bersama Bad Lab, Watsons adalah jenama kesihatan dan kecantikan yang pertama di Malaysia yang telah mengambil langkah berani dengan melabur untuk pembangunan segmen esukan di negara ini. Ketika ini, kita sedang menyaksikan kemajuan industri esukan dan gaming dan status pemain-pemain yang bergiat di dalam bidang ini turut meningkat daripada amatur kepada semi-professional dan juga professional. Ini adalah satu situasi yang amat menggalakkan dan kami ingin turut menyumbang untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu kuasa di dalam arena esukan di Asia.”

Pertama kali di dalam sejarah, eSports telah diiktiraf sebagai acara sukan berpingat di Sukan SEA ke-30 yang bakal diadakan di Filipina tidak lama lagi. Pertandingan The BAD Duel ini telah direka dan dianjurkan sebagai pendahuluan bagi acara-acara yang lebih menarik di masa akan datang.

Exit mobile version